Parti Islam: Mahathir telanjangi kebodohan sendiri

Oleh: Farhah Rusyda

 

 

Nampak sangat Mahathir tak ada isu nak hentam PAS dan anggota BA lain. Susah sungguh nak gali kejahatan gabungan BA ini. Lalu buku kecil yang ditulis oleh penulis Ibnu Daulah yang kita baru nak kenal bertajuk Mengapa Pilih Parti Islam itu jadi bahan kempen. Sejauh mana buku itu ada kaitan langsung dengan PAS atau pimpinannya,  wallahu ‘alam.Tapi walau pun buku itu tidak ditulis oleh pemimpin PAS, Mahathir tetap nak hentam, sebab menghentam dan memukul PAS dan ulama menjadi hobi kegemarannya. Kalau tak hentam dan pukul sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu tentu rasa tak lena nak tidur. Jadi, walau pun tak ada modal, dan tak ada asas dia tetap nak hentam, nak kritik juga.

 

Mahathir kata PAS mengeluarkan buku yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah pemimpin parti Islam yang pertama.sebagai usaha terbaru untuk menghalalkan parti itu.(Bila pulak PAS diharamkan) Mahathir kata lagi, dalam buku itu Nabi Muhammad diisytihar sebagai pemimpin parti Islam pertama, jadi ini menghina ajaran Islam. Kalau begitu, Nabi Muhammad bukanlah Rasul yang membawa agama, kata orang  itu lagi.

 

Kenyataan Mahathir ini jelas menelanjangkan kejahilannya. Atau mungkin bahana kenyanukannya. Malu kita punya PM dangkal ilmu begini. Orang UMNO pun sepatutnya malu berketuakan orang naïf ini. Soal parti Islam dan perjuangan Islam ini benda yang cukup senang difahami, tapi malangnya seorang PM gagal menaggapinya.

 

Perkataan ‘parti’ secara umumnya bermaksud kumpulan manusia atau pasukan. Dalam bahasa Inggeris dinamakan party antara lain bermaksud group of persons (rujuk Kamus Dewan). Dalam bahasa Arab disebut hizb juga bermaksud kumpulan atau persatuan.

 

Mahathir kata ''Saya tak pernah dengar dalam al-Quran atau hadis (tentang parti Islam)'' Untuk pengetahuan Mahathir, Di dalam al Quran ada disebut perkataan parti (hizb) sebanyak enam kali. (belum termasuk perkataan ahzab- jama’/plural kepada hizb). Dua daripadanya adalah rangkaikata hizuLLah atau Parti Allah (perkataan ini pernah juga dipertikaikannya dulu). HizbuLLah ini bermaksud parti Allah, kumpulan Allah atau puak Allah. Jika diteliti maksudnya puak yang menyebelahi Allah tentunya puak yang bersama-sama Islam. Jadi ia juga bermaksud Parti Islam. Jadi ringkasnya Parti Islam disebut dua kali dalam Al Quran. Satu di dalam Surah 5 al Ma idah ayat 56, satu lagi dalam surah 58 al Mujadilah ayat 22. Untuk mengetahuan Mahathir, kedua-dua ayat itu mengesahkan bahawa Parti Islam akan menang.

 

Kita nasihatkan Mahathir buka Al Quran dan rujuk ayat-ayat itu. Ayat-ayat ini bukan sahaja menyebut Parti Islam sepintas lalu tetapi menjelaskan fenomena kewujudannya, ciri-cirinya, peranannya, matlamatnya, halatuju, kepimpinan dan sifat-sifat pemimpinnya dan pendekatannya. Cubalah baca.

 

Bukti kewujudan Parti Islam dalam Al Quran sudah memadai. Tapi kalau mahu juga dari hadis bolehlah cari. Dalam hadis pun juga ada sebut tentang parti Islam. Istilah digunakan bermacam. Antaranya jamaah (kumpulan), ta ifah (kelompok), qoum (kaum). Semuanya sama maksud dengan parti. Antaranya hadith muttafaq alaih (riwayat Bukhari dan Muslim) berkaitan sabda Rasulullah kepada Huzaifah al Yamani bermaskud: ‘Wajib kamu bersama (beriltizam) dengan Jamaah Muslimin dan pemimpinnya’ Perkataan Jamaah Muslimin ini dirujuk secara khusus kepada kumpulan Islam atau Parti Islam.

 

Hadith bukan hanya dalam bentuk lisan. Hadis juga dalam bentuk tindakan. Dalam Sirah Nabi, amat jelas bahawa Nabi Muhammad menubuhkan satu kumpulan selepas mendapat wahyu Allah. Nabi tidak lakukan kerja dakwah sendirian. Kumpulan itulah yang bergerak menyebarkan dakwah Islam. Kumpulan itu berjuang di Mekah sebagai pembangkang atau kumpulan alternatif kepada kepimpinan kafir Quraisy. Kumpulan itu akhirnya menang dan menubuhkan negara di Madinah. Kumpulan inilah Parti Islam. Kalau bukan Rasulullah ketuanya, siapa lagi?.

 

Nah, jelas lah sudah perkataan Parti Islam ada di dalam Al Quran dan Hadis. Jelas juga kepada kita Nabi pemimpin Parti Islam itu. Ini persoalan yang cukup mudah difahami. Jelas juga kepada kita Mahathir telah melakukan fitnah: Fitnah pertama: Mengatakan PAS itu haram (istihah menghalalkan bermaksud asalnya perkara itu haram). Fitnah kedua: mengatakan buku itu menghina Islam. Fitnah ketiga: Mengatakan Parti Islam atau Jamaah Islam tiada kaitan dengan ajaran Islam. Fitnah Keempat: mengatakan PAS menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik. Fitnah Mahathir buka sahaja melalui internet bahkan melalui media cetak, dan elektronik. Inilah kezaliman Mahathir. Dia yang fitnah, dia tuduh orang lain yang lakukan.

 

Tegasnya Parti Islam memang wujud sejak zaman Nabi lagi. Nabi adalah pemimpinnya. Parti Islam terus wujud selepas Nabi dari zaman Khulafa’ ar Rasyidin hingga kini. Selepas kejatuhan kerajaan Islam, kita tetap perlu bersama Parti Islam, dan bersama pemimpinnya. Parti Islam wujud di seluruh dunia. Kita semua faham tentang perkara ini. Hanya Mahathir dan kuncu-kuncunya masih teraba-raba. Mungkin Mahatir terpaksa menyerang PAS dengan isu murahan ini demi untuk mengelakkan bantahan kuat rakyat terhadap kezaliman demi kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat khususnya kepada rakyat Terengganu dalam isu royalti minyak. Kalau demikian biarkan Mahathir terjun dengan labu-labunya. Biarkan-biarkan…

 

 

Ku cari kedamaian di bumi ini

Ku pohon dari Mu ya Allah

Redhailah pencarian aku, hambaMu yang kerdil ini

Iringilah pencarianku dengan sabar dan taqwa

Amin

 

 

Farhah Rusyda