SALAM REFORMASI
24-03-2001

Soalan ini telah dikirim oleh salah seorang pelayar laman kepada beberapa Web Master. Saya percaya kebanyakkan Web Master menerimanya.


assalamualaikum.....

apakhabar webmaster2 sekelian.....nampaknya himpunan 
BLACK 14 macam dah dilupakan.....harap dapat bagi 
respon.......ada ke takde?...........
(yang selebih email itu kami tidak siarkan)

wassalam.......


Persoalannya boleh dijawab oleh beberapa kepimpinan Reformasi. MUNGKIN secara kasarnya Black 14 hanya tinggal pada nama yang mana intipati perjuangan tersebut sudah terserap dalam platform kepartian. Ada yang mengatakan ini strategi dalam kita menghadapi marathon perjuangan yang akan melewati 10-15 tahun. Ada yang mengatakan dengan tertubuhnya parti, penerimaan sokongan terhadap parti sudah menyeluruh maka aktiviti desakan akan dijalankan melalui proses dan tuntutan demokrasi.

MUNGKIN kegerunan nama Black 14 itu tidak sesuai untuk di jadikan suatu hari memperingati hari runtuhnya keadilan dinegara kita ini. MUNGKIN juga nama di gunakan tetapi agendanya agak berlainan.Terlampau banyak kemungkinan maka MUNGKIN itulah sebabnya angin derauan Black 14 tidak meniup.

MUNGKIN dan segalanya MUNGKIN. Apa yang pasti sehingga kini Laman-laman Web terus mendiam bukan kerana kekeliruan tetapi kerana kehairanan. Pada asasnya beberapa program menuju ke Black 14 cuba dijalankan oleh rakyat atas initiatif dan desakan beberapa pelayar yang mahukan Demo Petang Sabtu dilaksanakan sehingga menuju ke Black 14. (Rujuk perubahan Laman Black 14) Malangnya setiap program menuju kearah itu tidak dapat dijalankan secara menyeluruh.

Kita tunggu dan terus menunggu dalam melihat senario seterusnya. Apa ada kisah...bak kata mereka ini larian Marathon 15 tahun. Kita belum sampai tahun 3.

Sebelum itu kita laungkan Hancur...Hancur... Hancur BN.... Hidup...Hidup..... Hidup.....BA.....okay cukup. Ini marathon nanti serak pulak.

Komentar (hanya celoteh)