BINGKISAN SUARA RAKYAT 

23 Oktober 2000 

PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT TUNJUK ARAH DAN PETA PANDUAN

 

KUALA LUMPUR

Lebuhraya Persekutuan

Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)

Lebuhraya Persekutuan

Lebuhraya Shah Alam

Kuala Lumpur

(KESAS )

Lebuhraya Shah Alam

Kuala Lumpur

(KESAS )

PULAU

INDAH

KELANG

PORT KLANG

UTARA

KLIA

SEREMBAN

TAPAK PERHIMPUNAN

PETA KE TAPAK PERHIMPUNAN

DI JALAN KEBUN

Proton

SHAH ALAM

SUBANG JAYA

Peta di atas tidak mengikut skala

Seluruh rakyat Malaysia pejuang kebenaran dan keadilan yang budiman

Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi,

41.Demi perjuangan untuk “Kembalikan Hak Rakyat” dan untuk memudahkan perjalanan semua yang akan menghadiri Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 5 November 2000, peta panduan di atas diharap dapat membantu anda sekalian.

42.Bagi anda dari Selatan yang mengambil Lebuhraya PLUS menuju Kuala Lumpur, dicadangkan:

1.Keluar di Persimpangan KLIA/Shah Alam dan terus masuk ke Lebuhraya ELITE.

2.Dari Lebuhraya ELITE bayar tol untuk memasuki Lebuhraya KESAS.

3. Dari Lebuhraya KESAS anda terus menuju ke Klang/Pulau Indah.

4.Dari Lebuhraya KESAS keluar di Persimpangan Kg Jawa/Jalan Kebun untuk ke tempat perhimpunan

43.Bagi anda dari Utara yang mengambil Lebuhraya PLUS menuju Kuala Lumpur, dicadangkan:

1.Terus masuk Lebuhraya NKVE menuju KLIA.

2.Dari NKVE Keluar dan bayar tol di Tol Seafield untuk masuk ke Lebuhraya KESAS.

3.Dari Lebuhraya KESAS anda terus menuju ke Klang/Pulau Indah.

4.Dari Lebuhraya KESAS keluar di Persimpangan Kg Jawa/Jalan Kebun untuk ke tempat perhimpunan

44..Masuk ke kiri menuju Ampang/Seremban untuk masuk ke MRR2 (Middle Ring Road 2) 2.Dari MRR2 terus menuju ke Shah Alam untuk masuk ke Lebuhraya KESAS.

3.Dari Lebuhraya KESAS anda terus menuju ke Klang/Pulau Indah.

4.Dari Lebuhraya KESAS keluar di Persimpangan Kg Jawa/Jalan Kebun untuk ke tempat perhimpunan

45. Bagi saudara-saudara dari Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor, pandu arah utama anda adalah Lebuhraya KESAS menuju ke Klang/Pulau Indah. Keluar di Kg. Jawa/Jalan Kebun.

46.Untuk makluman anda, Jalan Kebun memang berhampiran dengan Klang dan lebih dikenali sebagai dalam Daerah Klang. Namun pemetaan baru telah meletakkan Jalan Kebun se bagai di bawah Majlis Perbandaran Shah Alam dan juga Kawasan Parlimen Shah Alam. 47.Jawatankuasa Dasar Perhimpunan 100,000 Rakyat akan memasang bendera parti-parti Barisan Alternatif, bendera dan lambang-lambang NGO dan reformasi di Persimpangan Kg. Jawa/ Jalan Kebun bagi memastikan anda keluar di persimpangan yang betul.

48.Jawatankuasa Dasar Perhimpunan 100,000 Rakyat ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat untuk membuat persediaan dan perancangan awal bagi melicinkan perjalanan anda ke perhimpunan bersejarah ini.