BINGKISAN SUARA RAKYAT [15]
30 Oktober 2000


PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT


PADUKAN USAHA DAN TENAGA BARISAN AKTIVIS
KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Seluruh rakyat Malaysia pejuang kebenaran dan keadilan yang budiman


Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi,


Fokus kerja untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 80,000 orang rakyat dari Selangor dan Kuala Lumpur perlu terus dipertingkatkan. Sasaran 50,000 orang rakyat dari Selangor dan 30,000 orang rakyat dari Kuala Lumpur bukanlah satu bilangan yang sukar memandangkan prestasi Barisan Alternatif di kedua buah negeri ini dalam Pilihanraya Umum yang lalu
131.Dengan 17 kawasan Parlimen di Selangor dan 10 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, sasaran mobilisasi purata 3,000 rakyat setiap kawasan adalah satu strategi yang realistik. Ini sekali gus menunjukkan kerjasama dan muafakat bakal membawa berkat.
132.Namun sebagaimana yang telah disarankan, jika kita bekerja ala kempen pilihanraya, iaitu menghantar handbills dari rumah ke rumah di kawasan-kawasan berhampiran seperti Klang, Kuala Langat, Kapar, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Sepang, insya’ Allah bilangan melebihi 3,000 orang setiap kawasan ini akan dapat dicapai. 133.Dalam masa yang sama, jika kita bergerak ala kempen pilihanraya kawasan-kawasan yang mendapat undi besar seperti Shah Alam, Ampang Jaya dan Gombak, bilangan melebihi 10,000 orang bagi setiap dari tiga kawasan di atas mungkin dapat kita capai.
134.Dengan ini Jawatankuasa Dasar sekali lagi menyeru agar rakan-rakan dalam PAS, keADILan, DAP, PRM, JIM, ABIM, SUARAM, PUM serta NGO-NGO lain, para reformis dan karyawan bergerak sebagai pasukan di setiap kawasan di Selangor, khususnya di kawasan-kawasan yang Barisan Alternatif telah berjaya mendapat undi yang besar dalam pilihanraya lalu.
135.Saya juga menyeru agar NGO-NGO di Selangor, khususnya ABIM dan JIM yang mempunyai keanggotaan yang cukup besar di negeri ini untuk menggerakkan ahli-ahli dan rakan-rakan masing-masing untuk menghadiri perhimpunan bersejarah pada 5 November ini.
Secara peribadi saya menyeru rakan-rakan saya dalam JIM di daerah-daerah Petaling, Sepang, Ulu Langat, Kuala Langat, Petaling Jaya, Gombak, Ampang Jaya, Klang dan Ulu Selangor di negeri Selangor; dan daerah-daerah Batu, Cheras dan Titiwangsa di Kuala Lumpur untuk turut bersama-sama menghayati aspirasi ummah dan rakyat hadir dalam Perhimpunan 100,000 Rakyat di Jalan Kebun pada 5 November 2000 dari pukul 2:30 petang hingga pukul 5:00 petang.
“KEMBALIKAN HAK RAKYAT”
Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Dasar Perhimpunan 100,000 Rakyat
Dr. Hatta Ramli (PAS), Tian Chua (keADILan), Faizal Sanusi (PRM), Dr. Wong Ang Peng (DAP), Zaharuddin Abdul Rahman (PAS), Raja Petra Kamaruddin (FAC), Syed Ibrahim Syed Noh (JIM), Cynthia Gabriel (SUARAM), Abdul Malek Hussin (Reformis), Khaliah Shaikh Mohamad (Reformis) dan wakil ABIM. 

Emel Sekretariat: 100000Rakyat@justice.com
Emel Pengerusi: abuurwah@mailandnews.com