KOMENTAR
11.09.2000
Salam Reformasi
Kes Al~Ma’unah Pendakwaan atas ESCAR di kekalkan.
Tidak banyak dapat di bicarakan apabila Mahathir dan
kroni zalimnya mencampuri urusan Mahkamah. Kes Al~Ma’unah yang dikatakan suatu
sandiwar pada mulanya susah juga hendak di percayai. Akan tetapi ramai antara
rakyat Malaysia sudah mempercayai bahawa setidak-tidaknya ada campurtangan dari
pihak pemerintah dalam kes ini. Jawapan~jawapan banyak tidak terjawab
sungguhpun Datuk Seri Najib cuba membela Mahathir dengan melakunkan semula
insiden memuatkan senjata-senjata yang beratus dan peluru yang beribu dalam
Pajero dan keliling kawasan lapang yang jalan bertar. Lakunan semula Cuma
bahagian mengisi peluru dan senjata memang boleh dilakukan tetapi keseluruhan
insiden Sauk berbau politik dan inilah yang menyebabkan kita percaya bahawa
ianya satu sandiwara. Hari ini peguambela gagal membawa kes itu untuk di bicara
di bahawa Panel Code. Mereka tetap mahu mendakwa atas ESCAR yang jelas
melanggar hak untuk mendapatkan suatu perbicaraan yang telus dan terbuka. Ini
juga satu pencabulan hak bagi mereka yang didakwa dan kita yang mahukan insiden
ini diterangkan oleh mereka yang dituduh. Sebenarnya apa sahaja yang dimuatkan
oleh kerajaan, dengan beria-ia mengatakan ini bukan sandiwara sudah cukuo membosankan kita. Kita mahu
dengar dari mereka yang tertuduh tanpa sekatan dan ugutan. Kalau mahkamah
menyebelahi pihak pendakwa dan peguambela terpinggir maka ini bukan mahkamah
namanya. Ini bukan badan kehakiman dan perundangan. Ini adalah Mahkamah Istana
Mahathir.
Isu perbicaraan Sauk akan di teliti dengan rapi
sekali dan kerajaan sekali lagi akan bi bawa kemuka pengadilan.
Komentar
Bebaskan Anwar Ibrahim