A/kum,

Ahli2 BA diminta supaya bertenang dan jangan gelisah/gundah gulana
dengan Isu Perpaduan Umno yg dipersetujui oleh barisan kepimpinan BA.
Tujuan BA pura-pura setuju dengan isu ini ialah kerana 2 strategi penting:-

1. Taktik BA untuk MENGHENTIKAN Umno/BN daripada terus mainkan isu perkauman, Suqiu, Hak Istimewa orang Melayu dsb kerana ianya sangat merbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia ini kalau isu ini terus dimainkan Umno/BN. Lama kelamaan boleh membawa rusuhan antara kaum di Malaysia ini. Tambahan jika isu hak istimewa orang Melayu terus dimainkan
ini boleh menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap BA yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Jadi BA pusat telah buat keputusan perlu
ada satu tindakan dari BA untuk menghalang Umno/BN daripada terus menggunakan taktik kotor ini. Sebab itulah kita lihat isu Siqiu dah kurang dimainkan oleh media-media masa BN sekarang ini.

2. Untuk menunjukan kepada rakyat M'sia yang PAS/KEADILAN lah yg sebenarnya mahukan perpaduan dan bukannya Umno/BN. Org ramai akan nampak
siapa sebenarnya yg tidak mahu kepada perpaduan kalau Umno/BN terus mainkan isu perkauman/Hak Istimewa org Melayu selepas ini.

3. BA mendapat untung kerana BA akan mendapat nama baik dan publisiti
yg meluas di media massa BN. Rakyat akan lebih mengenali BA dan pimpinan2nya.

4. Helah PAS/KeADILan saje. Mesti ada format untuk perpaduan. PAS akan minta Negara Islam, hapus kroni/rasuah dll sementara KEADILAN akan minta DSAI dibebaskan dan perhimpunan reformasi jangan diganggu oleh polis/Fru.
Jadi tak mungkin Umno akan setuju dengan syarat2 ini. Maknanya isu Perpaduan hanya sementara waktu saja yg dipersetujui BA in order untuk tujuan 3 perkara di atas.

Diharapkan penjelasan di atas dapat meredakan keresahan di atas.
BA sekali2 tak akan menggadaikan prinsip dengan permainan kotor BN.

Wasalam