BERTEMU DATIN WAN AZIZAH DI LAPANGAN TERBANG

"Assalamulaikum Datin" itulah permulaan kata-kata yang sempat Komentar ucapkan apabila terserempak dengan Datin Seri Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan Nasional. "Walaikummusalam" jawabnya. Komentar pula yang terasa agak gelabah bertemu dengan Presiden. Mungkin gemuruh kerana selama ini Komentar belum pernah berbual dengan Datin Presiden secara "direct". Komentar juga tahu yang Datin Presiden tidak pernah tahu bahawa yang menegur beliau itu adalah Komentar. Tidak banyak yang Komentar bualkan melainkan hanya bertanyakan kabar. Selesai menegur Datin Presiden saya meneruskan perjalanan pulang. Dalam kenderaan Komentar berfikir panjang akan apa yang telah diperlakukan oleh kerajaan keatas keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hairan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahukan rakyat Malaysia hidup dalam keselesaan dan keamanan. Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan kronisma, nepotisma dan rasuah terkikis dari menjadi budaya orang yang berkuasa tetapi kerana itu beliau kini merengkok dalam penjara atas kesalahan rasuah yang tidak melibatkan wang, dan skandal seks luar tabii yang tidak ada kesahihannya.

Mereka dalam UMNO yang tahu tetapi tidak mahu melakukan sebarang bentuk tindakan dalam menegakkan keadilan yang mereka sendiri nampak, mereka sendiri tahu dan mereka sendiri sedar. Saya kekadang hairan apabila mereka pergi menghadap ALLAH semasa bersolat apakah mereka tidak terasa malu akan perbuatan mereka. Apakah tidak ada unsur-unsur kekesalan pada diri kerana membiarkan fitnah keatas seorang hamba Allah berlarutan sehingga keluarga beliau tertekan.

Dalam pada itu Komentar terfikir pula akan nasib hidup puluhan ribu rakyat yang mendokong reformasi yang kini tertekan. Keluarga mereka yang dalam ISA, keluarga mereka yang anak-anak atau saudara mara, rakan-rakan dan teman yang senantiasa di buru pihak berkuasa, atau di tahan setiap kali keluar menentukan agenda perubahan terlaksana. Komentar kesian kerana ada kalangan reformasi yang kini juga tertekan dan penekanan ini adalah kerana mereka sedang berjuang untuk menentukan keadilan tercapai di negara ini.

Komentar percaya andai 1 orang ahli pendokong reformasi di tahan maka setidak-tidaknya 50 kalangan mereka yang rapat akan menolak diri dari mengundi BN. 

Komentar yakin sokongan terhadap UMNO kian pudar. Komentar percaya UMNO sudah sukar untuk bernafas. Komentar percaya kita berada dalam kebenaran.