KOMENTAR

 

28.09.2000

Salam Reformasi

 

MALAYSIAKU BERNODA

 

Entahlah, terkadang usaha sering terbatas dengan sekatan dinding batu yang tidak mahu memberi ruang untuk kita melepasinya. Perjuangan sesuci ini, menuntut kebenaran dan keadilan masih dilanggari oleh kepimpinan UMNO yang menutup hati lantas kelu dan terus mati. Apakah mereka tidak sedar bahawa di balik tembok batu dan bilik berpalang besi itu ada insan yang di hina, di nista dan di fitnah dengan sejijik-jijik fitnah oleh kepimpinan mereka. Sikap tidak endah mereka mengerunkan kita yang bernaung di bawah kepimpinan negara kita ini. Bayangkan, fitnah meliwat, memukul Sdr Anwar dan mencabuli segala bentuk keadilan dan sistem mahkamah demi menghancurkan manusia ini tidak dihiraukan oleh pemerintah kita. Apakah ini memberi petunjuk bahawa kepimpinan ini peduli tentang susah senang kita? Apakah dengan mereka menutup mata kepada kemungkaran dan kepincangan Dr Mahathir menunjukkan sikap bahawa kita akan terbela dari kezaliman dan penindasan? Apakah ini contoh mereka yang prihatin kepada rakyat? Apakah membenarkan polis membelasah pendokong reformasi dan kepimpinannya menunjukkan sikap mesra mereka kepada rakyat? Semua ini tidak melambangkan mereka layak untuk memimpin kita. Semua ini tidak melayakkan kita bernaung di bawah mereka.

 

Mereka langgar segala sistem baik demokrasi, keadilan dan kehakiman untuk menegangkan kepincangan dan kecelakaan perbuatan mereka. Apakah ini kepimpinan kita. Negara ku kini bernoda hasil pememrintahan mereka.

 

Kembalikan Malaysia ini kepada rakyat.

 

 

Komentar

Bebaskan Anwar Ibrahim