EMAIL DARI JEBATS 2000
 
Baru-baru ini digemparkan tentang berita penarikan
balik penajaan dari JAIS kepada pelajar-pelajar yang
telahpun ditawarkan untuk mengikuti pengajian di luar
negara (United Kingdom).Para pelajar yang ditawarkan
oleh pihak SUK Selangor melalui JAIS merupakan pelajar
yang paling cemerlang dari segi akademiknya dan
setengahnya telah pun menarik diri dari mengikuti
program matrikulasi yang telah ditawarkan oleh Jabatan
Pendidikan.Melalui sumber-sumber dari pihak SUK dan
JAIS sendiri, beberapa orang ibubapa telah meluahkan
kekesalan kepada pihak pegawai JAIS yang telah
menghubungi hanya melalui telefon bahawa para pelajar
yang telah ditawarkan telah ditarik balik penajaan
daripada pihak kerajaan negeri dengan alasan "TIADA
PERUNTUKAN YANG MENCUKUPI".Para pelajar yang masih
berminat adalah diminta mencari penaja sendiri jika
berminat untuk meneruskan pelajaran ke negara
tersebut.
Apa yang dikesalkan disini ialah sikap pihak Kerajaan
Negeri dan pihak JAIS yang lepas tangan tanpa
memperdulikan nasib para pelajar yang telah pun
membuat persiapan berbulan-bulan lamanya.Ada
sesetengah pelajar yang telah pun menarik diri dari
mengikuti program matrikulasi dan tawaran dari
universiti tempatan yang lain.
 
Alasan dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri atau
JAIS tidak mempunyai peruntukkan yang secukupnya untuk
menampung lebih kurang 20 orang pelajar yang telah
ditawarkan adalah tidak munasabah sama sekali
sedangkan dalam masa yang sama Negeri Selangor
terkenal dengan negeri yang paling maju dan
terkehadapan berbanding negeri-negeri lain.Namun yang
pasti peruntukkan hanya untuk menampung para pelajar
yang begitu cemerlang akademiknya tidak mencukupi!
 
Para pelajar cemerlang yang akan ditaja oleh JAIS ini
merupakan pelajar yang bersekolah aliran agama dibawah
naungan pihak JAIS.Malah para pelajar ini ditawarkan
oleh pihak Kerajaan Negeri melalui JAIS untuk
mengikuti pelajaran di luar negara.Bukan atas
permohonan pelajar tersebut tetapi DITAWARKAN oleh
pihak JAIS.
 
Selangor yang dibawah pimpinan Dato' Seri Abu Hassan
Omar yang peliknya mempunyai peruntukkan yang
mencukupi untuk mengeluarkan perbelanjaan yang
membazir untuk penginapan hotel Menteri Besar dan
perbelanjaan untuk pengubahsuaian kediaman MB yang
bernilai berjuta-juta ringgit tetapi tidak untuk
peruntukkan pendidikan pelajar cemerlang dibawah
naungan negeri selangor.Sungguh pelik dan ajaib!!
 
Kemana menghilangnya Pengarah JAIS?Kemana
menghilangnya YB yang berkhidmat untuk masyarakat jika
masalah begini boleh dipejam mata.Malang betul
Selangor dibawah pemerintahan BN!!
 
Pada masa akan datang saya akan membongkar siapa
Pengarah JAIS yang pada asalnya merupakan Pegawai
Daerah yang telah dilantik menerajui Jabatan Agama
Islam Selangor. Pengarah yang terkenal dengan
pemikiran yang cetek dan pak turut.Pengarah yang
mahukan semua kakitangan agama dari pemandu, ofis boy
hingga ke pegawai memakai tali leher semasa
bertugas.Pengarah yang tidak mahukan imej serban
dikalangan kakitangannya.Sungguh kelakar!!
 
Jebats_2000