BERITA : 2.30pm 5 Nov 2000 :- MAKLUMAN TERBARU; MEREKA SUDAH MULA MEMANTAU MASJID NEGERI. Reformis di nasihatkan mengikuti perkembangan semasa. Bagi yang membaca Web Site sila maklumkan kepada mereka perkembangan terbaru. Walau ianya sedikit mengelirukan percayalah ini juga strategi kita. Biar mereka Kelam Kabut.

Berita Lanjut



BERITA : 1.15pm 5 Nov 2000 :- MAKLUMAN; SILA BERKUMPUL DI MASJID NEGERI SHAH ALAM Memandangkan Jalan Kebun telah dikawal rapi, para Reformis di minta menuju ke Masjid Negeri Shah Alam. Sila maklumkan kepada semua Reformis kenalan anda. Teruskan REFORMASI

Berita Lanjut



BERITA : 11.20am 5 Nov 2000 :- PEMERIKSAAN RAPI SIMPANG KE JALAN KEBUN Pemeriksaan rapi di persimpangan Jalan Kebun. Perhatikan rakan-rakan kita 200m sebelum exit 504 Lebuhraya KESAS. Mereka di jangka berkumpul disana sekiranya sampai awal. Ayuh teruskan. Komentar.

Berita Lanjut



BERITA : 11.10am 5 Nov 2000 :- SEKATAN JALANRAYA, JANGAN GUSAR Polis membuat sekatan jalanraya di Lebuh Raya Kesas. Mereka mengeledah kereta kononnya untuk mencari samada kita membawa senjata. Palsu, mereka hanya hadir untuk menakut-nakutkan kita, INI PERHIMPUNAN AMAN

Berita Lanjut