KOMENTAR

 

 

20.07.2000

 

MAHATHIR MELALUT LAGI DALAM FORUM PERDANA TV 3

 

Suka tak suka Komentar menonton Mahathir dalam forum mengenai kes Sauk. Komentar mahu mendengar apakah penjelasan Mahathir terhadap kes Sauk itu. Malang dan kecewa, apa yang Komentar tunggukan lain pula yang dijelaskan. Mahathir tidak langsung menjelaskan apakah sebenarnya berlaku di Sauk  yang menjadi kemusykilan bagi kita rakyat negara ini tetapi fungi Forum itu adalah lebih kepada menjual nama UMNO dan lebih kepada percubaan yang mengelirukan rakyat dengan mengkaitkan isu Sauk kepada agenda pembangkang. Apa yang jelas ialah percubaan Mahathir secara aggresif untuk meminta rakyat percaya isu ini adalah hasil perbuatan pembangkang yang menaikkan isu kebencian rakyat kepada kerajaan.

 

Mahathir perlu kembali kepada fakta sebenarnya. Beliau tidak relevan dalam negara ini. Rakyat mual dan naik jijik melihat sendiwara Mahathir. Sebenarnya kalau dibicarakan tentang kebencian rakyat kepada kerajaan , maka soalan yang utama perlu di kaji ialah mengapa rakyat bencikan kerajaan ini.

 

Selidik dengan mendalam maka jawapan pasti di jumpai. Mahathir….andalah faktor utama kebencian rakyat kepada kerajaan.