KOMENTAR

 

21.09.2000

SALAM REFORMASI

 

ANDAI JELAS KERAJAAN YAKIN REFORMIS SUDAH MENYOKONG UMNO KENAPA TAKUT TEMPAHAN STADIUM

 

Abdullah Badawi berkata bahawa ramai antara kita reformis telah mula menyertai UMNO. Hishammuddin Hussein, Ketua Pemuda UMNO mengatakan bahawa segelintir kita sahaja yang menolak kerajaan sedangkan majority masih menyokong UMNO, Mahathir masih berdegil kononnya Melayu berpecah kerana pembangkang dan bukan kerana beliau. Banyak sudah kenyataan mereka yang kononnya kerajaan sekarang ini masih diterima rakyat tetapi mereka takut kita berkumpul di Stadium Bukit Jalil. Mereka takut melihat kebangkitan rakyat di Bukit Jalil lantas menolak permohonan pertama yang di buat oleh Jawatankuasa Bulan Reformasi. Apa yang sebenarnya ditakuti oleh kerajaan ialah melihat secara terang bahawa rakyat sudah mual dan bosan melihat Mahathir dan kroninya memperalatkan negara. Mahathir tidak berani membenarkan kita menggunakan stadium kerana Mahathir takut anggota-anggota UMNO sendiri hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau. Komentar mahukan Hishammuddin Hussien MEMBENARKAN penggunaan Stadium tersebut kalau benar dia kononnya mahukan kebenaran dan keadilan. Hishammuddin Hussien JANGANLAH berdalih dengan penerangan yang di beri dalam Laman MalaysiaKini. Beliau dalam Malaysia Kini hanya cuba menutup isu sebenar dengan mengalihkan pandangan rakyat kepada perkara lain sedangkan masalah yang ada hanya satu KEZALIMAN REGIM MAHATHIR .

 

Kita, RAKYAT MALAYSIA MENCABAR HISHAMMUDDIN MENYOKONG KELULUSAN PENGGUNAAN STADIUM BUKIT JALIL BAGI PERHIMPUNAN AMAN. KENAPA UMNO BOLEH SEDANGKAN KITA TIDAK. KITA SANGGUP BAYAR DAN INI BUKAN FREE