MAHATHIR MULA MENUNJUKAN BELANG

 

 

Sudah menjadi rahsia umum yang PM kita apabila terdesak akan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukan belangnya sebagai pencetus huru-hara dan perkauman. Hari ini 26/11/2000 beliau dengan begitu gelabah membawa isu perkauman dengan menyatakan bahwa kaum cina tidak pandai berterima kasih terhadap apa yang di lakukan dalam menolong mereka ketika krisis ekonomi (macamlah sekarang ini krisis ekonomi sudah berakhir...ceh), dengan membawa isu sekolah wawasan dan suqiu.

 

Kalau diimbas kenyataan PM di media arus perdana sewaktu pilihanraya "apa yang Kak Wan boleh buat, bolehkah Kak Wan menyediakan Universiti di Kedah (kalau tak silap penulis) dan apa yang BA akan sumbangkan kepada rakyat sekiranya mereka berjaya memenangi pilihan raya ketika itu.

 

Sekali lagi kita bertanya apakah wang rakyat untuk pembangun negara dianggap seperti duit dia (?). Oleh kerana itu tidak heranlah jika PM dengan beraninya menggunakan wang kita untuk menyelamatkan syarikat  kepunyaan Mirzan dan Mukhris dan para kroninya, seperti menggunakan wang Petronas, KWSP untuk menyelamatkan syarikat Perkapalan anaknya, Bakun dan bermacam projek raksasa lainnya. Dan yang paling menyedihkan menidakkan wang ROYALTY yang diterima oleh rakyat Terengganu sekian lama dengan menukarkannya kepada wang IHSAN. Dan yang paling lucu si Rais Yatim dengan tiada harga diri mencari kata-kata yang sesuai untuk mengiakan si licik 'look' "our Prime Minister".

 

Untuk pengetahuan saudara sebelum tiga tahun kebelakangan ini , saya adalah salah seorang penyanjung PM dengan wajah tulusnya pada ketika itu, hingga suatu Jumaat saya berkesempatan untuk berjabat tangan dengan beliau dan saya rasa begitu bangga tetapi semenjak peristiwa membawa tilam ke Mahkamah dan kenyataan pakar Forensik 'ngong 99%' PDRM Petaling Jaya dan si 'driver come director Azizan' membuat saya jijik melihat beliau.

 

Untuk itu saya seru dan berharap agar pengundi Lunas dapat memanaskan kerusi PM dan kroni-kroninya. Undilah calon kita Sdr.Saifuddin Nasution, semoga tuhan memberkati kita, insyaallah.

 

Tidak lupa kepada seluruh pengundi Lunas dan jentera pilihanraya Barisan Alternatif yang beragama islam saya ucapkan "SELAMAT BERPUASA" semoga Allah mencucuri rahmat kepada kita.

 

 

A@2000