KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

04.06.2000

Salam Reformasi,

 

Kurang ajar sikap pendokong Barisan Nasional semasa hari penamaan calon menjadi isu bicara Komentar kali ini. Hari penamaan calon itu menyaksikan terkeluarnya landasan perikemanusian pendokong UMNO berhubung dengan krisis Sdr Anwar Ibrahim.

Mereka menjeritkan slogan “masuk barisan jangan masuk belakang” hanya menunjukkan tuduhan dan fitnah yang jijik dilakukan mereka. Tidak payah kita huraikan ungkapan tersebut kerana Komentar yakin kepimpinan UMNO yang hadir tahu akan maksud ungkapan tersebut. Jijik kerana tuduhan salah laku seks keatas Sdr Anwar Ibrahim adalah perkara itu tidak terbukti baik dari sudut perundangan jenayah Malaysia dan tidak akan diterima langsung sekiranya dibicarakan dalam perundangan Syariah “Islam”. Biadap dan sungguh memalukan kerana menggunakan slogan yang jelas terkeluar dari landasan-landasan agama dan tatasusila bangsa.   

Pilu dan sayu melihat senyuman Datuk Aziz Sheikh Fadzil, Naib Ketua Pemuda UMNO seolah-olah menyetujui tohmahan pengikut-pengikutnya. Komentar jesteru itu ingin mengingatkan kepimpinan UMNO yang ada bahawa sikap kurang ajar serta dengan slogan lucah mereka membuatkan rakyat mual dan jijik. Generasi baru kini telah dihebahkan dengan keburukan perangai pemerintahan sekarang dan generasi ini akan bangkit tidak lama lagi untuk membela negara ini dari terus di terajui oleh orang-orang yang lupa bangsa. Ingat, generasi anak muda melayu yang baru akan hadir dalam perjuangan ini tidak lama lagi. Generasi ini akan terus membela negara ini dari penipuan dan sikap jijik pemerintah yang sekarang ini rakus mencaturkan penipuan.

 

KOMENTAR