KENYATAAN MEDIA

PERHIMPUNAN RAKYAT BEBASKAN ANWAR, 14 OKTOBER 2000
anjuran WANITA keADILan

Usaha memperingati wira negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim sentiasa diteruskan. Wanita keADILan telah memutuskan untuk sama-sama menjayakan usaha tersebut.
Seperti yang semua sedia maklum suatu Perhimpunan Bebaskan Anwar akan diadakan pada 14 Oktober 2000, Sabtu jam 2.00 petang di Pusat Latihan ABIM, Sg. Ramal, Kajang, Selangor.

Program ini merupakan siri program Gerakan Rakyat Bebaskan Anwar. Perhimpunan ini akan memuatkan beberapa acara;
Ucapan Presiden keADILan, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail, Penyerahan   Petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pameran berkaitan Dato' Seri Anwar, Konvoi berkereta sebanyak 200 buah kereta dengan pelekat BEBASKAN ANWAR dan Pameran serta jualan cenderahati yang di keluarkan khas oleh negeri-negeri Menuntut dibebaskan Dato' Seri Anwar.
Pameran Bebaskan Anwar dan Pameran serta jualan Cenderahati boleh dikunjungi pada 10.00pagi hingga 6.00 petang, 14 Oktober 2000.

Turut hadir sama adalah pemimpin-pemimpin dari Barisan Alternatif, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, wakil FAC, Media dan orang ramai dari seluruh negara. Suatu Sidang Media akan diadakan oleh Presiden keADILan selepas upacara Pembukaan tersebut.
Isu keadilan adalah isu sejagat, dengan itu saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk turut serta dalam perhimpunan ini tanda sokongan agar Bebaskan Anwar.
 

Pn.Hajjah Zainun Jaafar
Pengarah
JK Kempen Bebaskan Anwar
Wanita keADILan

11 Oktober 2000

Lawat: