BEBASKANLAH NEGARA INI

 

Kali ini kemerdekaan kita diragut , kita kini diulit penjajah, usai sudah kemerdekaran yang kita kecapi 43 tahun sudah. Andai Tok Mat Kilau ada dan melihat, maka berlinangan air mata pahlawan tersebut, melihat perjuangannya adalah untuk dihancurkan oleh bangsa kita sendiri. Semangat kepahlawanan mereka yang menuntut pengorbanan dan keberanian dalam membebaskan negara dari kancah penjajah kini dicemari oleh rintitan kepimpinan Melayu yang mula kurang ajar kepada bangsa dan tanah air sendiri.

 

NEGARA PADA KEADAAN MENDUKACITAKAN

Kini negara dalam keadaan yang paling mendukacitakan. Rakyat Melayu kini dipesongkan dengan paksaan untuk menerima nilai-nilai jijik yang diamalkan oleh kepimpinan khususnya Dr Mahathir. Kepimpinan lain yang seagama seolah-olah membenarkan  kezaliman, budaya tohmanan dan fitnah bermaharajarela. Mahathir sekarang tanpa malu mencalarkan keadilan dan memusnahkan keluhuran perlembangaan. Ini yang diagungkan oleh kuncu-kuncunya. Inilah budaya keadilan mengikut interpretasi Mahathir. UMNO nampak, UMNO tahu tetapi bila digesa bertindak mereka terus menerus bertukar menjadi tikus yang ketakutan. Mereka terus menjaga perut mereka agar kemewahan yang dikecapi sekarang ini tidak lari kerana mereka belot, agar kemewahan yang mereka dapati tidak tergadai kerana mahu menuntut keadilan. Bagi mereka biarlah keadilan, kebenaran dan perundangan diliwat Mahathir asalkan mereka senang lenang di mahligai masing-masing. Sekiranya ini sikap mereka tidak hairanlah kenapa negara ini bergolak. Tidak hairanlah mengapa rakyat bangkit untuk membela nasib anak bangsanya akan datang. Negara ini adalah dalam keadaan yang amat mendukacitakan.

 

MAHATHIR MULA MENJADI BEBANAN BUKAN SAHAJA UMNO MALAH NEGARA

 

Mahathir kini menjadi bebanan kepada negara baik UMNO mahupun Malaysia secara keseluruhan. Sekali lagi disebutkan UMNO tahu dan UMNO nampak yang bebanan negara pada saat dan ketika ini adalah Dr Mahathir. Bebanan inilah akan menyebabkan negara ini terus kecundang dimata dunia. Perlakuan Hakim dan system kehakiman dalam negara jelas ditelunjuk Mahathir. Mahatir berkuasa dan mereka yang duduk dalam kepimpinan tertinggi UMNO turut dayus kerana membenarkan perkara ini berlaku. Nescaya Mahathir sekarang turut tertekan melihat kebangkitan rakyat. Kebangkitan rakyat ini akan terus menghantui Mahathir selama hayatnya dikandung badan. Bebanan ini harus dicampakkan kerana sekiranya ini berlanjutan akibatnya akan ditanggung oleh Malaysia secara keseluruhan. Apakah kerana Mahathir kita sanggup mengadaikan system keadilan kita ? Apakah kerana Maahthir kita harus mengadaikan keharmonian dan kewibawaan system perundangan kita ? Apakah kerana Mahathir kita sanggup melihat kezaliman diperlakukan keatas rakyat Malaysia ? Apakah kerana Mahathir kita korbankan maruah Malaysia ? Apakah kerana Mahathir kita sanggup bergolok gadai untuk mengekalkan beliau diatas kerusi Perdana Menteri. Jawapannya mudah , MAAHTHIR LIABILLITI UMNO dan MAHATHIR BEBANAN bagi rakyat keseluruhan.

 

MAHU TIDAK MAHU BELIAU HARUS BEREDAR

 

Lantas, rakyat Melayu khususnya terbahagi dua akibat perbuatan tanpa malu Mahathir. Sebelum sakit menjadi parah, luka menjadi nanah, pekong membusukkan sehingga gagal dibendung, MAHATHIR harus pergi dengan seribu kehinaan.

 

Komentar