KOMENTAR

Salam Reformasi
05-02-2001

JANGAN TERPEDAYA

Faham erti JANGAN TERPEDAYA. Mesej ini perlu di sampai kepada semua rakyat Malysia khususnya Melayu bahawa kewujudan Badan Bertindak Melayu tidak lebih dari usaha menyelamatkan Dr Mahathir.

Senario Jangan Terpedaya 1

Agenda ini di bentuk untuk memastikan agar UMNO terus memerintah supaya bayangan Mahathir dapat melaksanakan agenda kronisma mereka. Mahathir mahu memastikan agar negara ini  MESTI diterajui oleh UMNO kerana nescaya siapapun yang menerajui UMNO pasti TIDAK AKAN berani membongkarkan kepincangan pemerintahan Mahathir kerana kepincangan mereka turut di pegang oleh Mahathir.

Andaikata Barisan Alternatif memerintah maka semua kepincangan baik Dr Mahathir mahu pun semua kroni-kroninya pasti akan terdedah dan mereka akan pula berhadapan dengan hakim-hakim yang lebih berwibawa.

Senario Jangan Terpedaya 2

Khas di tujukan kepada kepimpinan Barisan Alternatif agar JANGAN TERPEDAYA dengan mengambil mudah agenda Badan Bertindak Melayu. Mengambil mudah aktiviti dan pergerakan Badan ini hanya akan meminggirkan isu kezaliman keatas Sdr Anwar Ibrahim. Mereka berusaha untuk mengalih pandangan Melayu dari isu Anwar Ibrahim kepada isu perpaduan Melayu. Cara dan jalan pergerakan Badan Bertindak Melayu boleh di baca dengan kehadiran kepimpinan UMNO veteran dan konsep kononnya berani bersuara mengkritik kerajaan.

Bagi Komentar isu Melayu ini boleh mengaburi mereka yang masih belum menerima seruan RE-FOR-MA-SI.  Mereka mampu mengalih pandangan anak-anak muda khususnya IPTA dan IPTS dengan laungan Melayu. Jelas pelajar-pelajar UiTM di perhimpunan itu agar terpengaruh dengan semangat melayu yang dilaungkan oleh Badan tersebut.

Kita harus terus berusaha agar jangan terpedaya dengan agenda baru mereka. Kita tidak seharusnya hanya bergantung pada "mood" rakyat yang dijanakan oleh Sdr Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu.

Kita perlu membina kekuatan dari hanya merancang agenda politik dalaman sahaja.

Komentar