KOMENTAR

 

Salam Reformasi

18.11.2000

 

 

MAJLIS BERSAMA PEMIMPIN BARISAN ALTERNATI  BATU PAHAT JOHOR DI BATALKAN

 

Komentar sempat menghadiri Majlis bersama Pimpinan Barisan Alternatif Batu Pahat Johor tetapi malangnya Program di Batu Pahat Johor tersebut telah  dibatalkan oleh  Polis Daerah Batu Pahat.  Program yang di hadiri oleh :

 

 

DATIN PRESIDEN WAN AZIZAH

YB UST HADI AWANG

DR SYED HUSIN ALI

LIM GUAN ENG

 

Dan kepimpinan lain  seperti

 

SDR RAHMAN OTHMAN

TN HJ DAENG SANUSI

SDR RAZAK AHMAD

DR BADRUL AMIN

 

Kehadiran yang berjumlah 10,000 orang menunjukkan  laungan reformasi tidak padam lagi.

 

Surat yang di tandatangi oleh Supt Ishak Abdullah, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat menyatakan bahawa alasan penarikkan permit tersebut ialah Sekolah Menengah Cina Jalan Tanjung Labuh Batu Pahat adalah sebuah sekolah yang berdaftar dengan Pejabat Pendidikan. Adalah menjadi dasar sekolah sedemikian untuk tidak membenarkan aktiviti-aktiviti sedemikian di jalankan. Sungguhpun begitu sekolah tersebut telah meluluskan penyewaan dewan tersebut dan sewa sebanyak RM 2,000 telah di bayar.

 

Jelas ini bukan halangan yang terbit dari perngurusan sekolah tetapi arahan politik pihak pemerintah yang takut melihat kebangkitan rakyat.

 

Komentar