Assalamu,alaikum dan salam sejahtera.....,

Sepertimana yang kita semua ketahui, pada tanggal 29/11/2000 adalah hari penentunya kuasa majoriti 2/3 BN di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Seandainya kekal bermakna KERAjaan BN akan terus bermaharajalela. Sepertimana yang telah berlaku yang sudah-sudah dengan projek yang tidak mendatangkan faedah langsung kepada rakyat Kedah seperti tanam padi atas bumbung, Jerai safari, tangga kenari, tempat penyembelihan terbesar, petani Kerpan menangis dan banyak lagi kerana BA tiada suara sokongan bagi mengatasi majoriti 2/3 BN. Dan matlumat yang terbaru sekali adalah Kedah akan menaikan tarif airnya.

Dari tarikh penamaan calun hinggalah kehari mengundi perahan tenaga amat diperlukan dan sehingga hari ini kami mendapat maklum balas dari dari penyokong BA dan Reformasi dari seluruh Malaysia akan datang secara sukarela membantu agar kemenangan memihak kepada BA.

Maklumat yang saya perolehi dari mesyuarat tertinggi BN Kedah, arahan dari BN pusat mengarahkan mereka dengan apa cara sekalipun, BN mesti menang di Lunas. Ini bermakna, mereka akan turun habis-habisan untuk memastikan kemenangan. Samy Velu turun baru ini dengan memberi peruntukan berjuta ringgit kepada BN menurap tar pada jalan kampung. Begitu juga poster, bendera, kenderaan dan berbagai kelengkapan pilihanraya telah datang mencurah-curah.

Setakad ini Alhamdulillah bantuan serta tenaga kerja yang kami perolehi dari penduduk tempatan mahupun sekitarnya datang secara sukarela membantu sekadar yang mampu. Kami selaku tuan rumah merasa terkilan dan sedih kerana hanya dapat menyediakan sekadar apa yang mampu walaupun tidak pernah diminta dari tenaga kerja BA dan Reformasi. Malah mereka juga turut menyumbang wang ringgit dan masa, demi perjuangan kerana kemenangan BA akan menjatuhkan majoriti 2/3 DUN Kedah.

Oleh itu saya bagi pihak BA dengan rendah diri memohon sedikit bantuan kewangan atau apa jua bentuk sekalipun daripada anda semua bagi membantu kami meyediakan kelengakapan pilihanraya dengan secukupnya.

Sumbangan anda boleh dihantar kepada sahabat saya :

Dzulkamal Bin Zakaria
Bendahari Parti keADILan Nasional
Bahagian Padang Serai, Kedah Darulaman.
Account no. : 2611097549 (Southern Bank)

Atau kirim pada alamat :

Parti keADILan Nasional Bahagian Padang Serai,
933 Kampung Syed Sheikh,
Kilang Lama, 09000 Kulim,
Kedah Darulaman.

Sumbangan anda amat kami hargai dan tidak tahu bagaimana mahu membalasnya; hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui dan mampu membalasnya. Sesungguhnya perjuangan kita ini "Menegakkan Kebenaran dan Memushankan Kemungkaran".

Ingatlah wahai pengundi Lunas, keputusan di tanganmu. Kemenangan pada BA bermakna Perundangan dan Pentadbiran negeri Kedah tidak mudah digubal atau diubah mahupun diperstujui begitu sahaja dengan sewenang-wenangnya diantara kroni-kroni BN didalam pembahagian sesuatu perkara. BA akan sentiasa memastikan bahawa segala apa yang dilakukan akan memberi munafaat kepada rakyat Kedah.

Pilihanraya kali ini tentunya banyak sogokan akan dilakukan oleh BN. Ingat pesan Tok Guru "kalau BN bagi kita ambil tapi bila pilih, kita pilih BA". Bagi pandangan saya, tak salah kalau kita ambil kerana wang itu wang rakyat yang telah disalah gunakan oleh KERAjaan BN dengan mengambil hasil bumi Malaysia untuk kepentingan parti amnya dan kepentingan peribadi dan kroni khasnya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lawan Tetap Lawan...!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yoyo.