BANGUNLAH RAKYAT MALAYSIA

 

 

Beberapa bulan terakhir ini terlalu banyak kita dikejutkan dengan berbagai pengumuman kerajaan dari meningkatnya Tol (Samy Vellu) harga petrol yang diikuti berbagai barang keperluan harian lainnya (Muhiddin Yassin), bil Hospital (Chua Ju Meng), Air – Selangor (Khir Toyol), dan akan diikuti oleh Johor (Ghani Othman), dan negeri lainnya. Dalam kenaikan yang tidak seimbang dengan kenaikan gaji maka budaya RASUAH dengan sendirinya akan bermaharajalela, adakah ini yang RAKYAT MALAYSIA inginkan.

 

Hampir semua menteri-menteri kabinet bercerita yang ekonomi Malaysia semakin pulih (recover) baik datangnya dari Mahathir, Daim Zainuddin hingga Bank Negara mengeluarkan kenyataan yang sama namun sedikitpun tidak seimbang dengan kenyataan Tabung Haji, KWSP yang terpaksa menurunkan kadar D I V I D E N kerana kelembapan ekonomi. Terlalu banyak kontradiksi dalam kenyataan mereka. Sudahlah sistem perundangan dalam kes DSAI, ekonomi di ‘SHIT’ kan oleh kerajaan BN dan entah apalagi selepas ini.

 

Tiada rancangan yang teratur untuk membetulkan keadaan,  apa yang kerajaan BN yang tahu cuma bagaimana untuk mempetahankan jawatan mereka tanpa memikirkan nasib RAKYAT dari itu saya seru seluruh RAKYAT MALAYSIA, BANGUNLAH !!! masa untuk kita mengheret mereka mempertanggungjawabkan kehancuran yang mereka cipta untuk seluruh RAKYAT , fikirkanlah nasib generasi muda, anak-anak kita, 2004 terlalu jauh dan panjang untuk kita. Allah juga berfirman tiada siapa yang boleh merubah nasib kita, selain kita sendiri dari itu BANGUNLAH.

 

Benih rasuah telah mereka taburkan dalam bentuk kenaikan harga barang yang tidak seimbang dengan kenaikan pendapatan, dari itu mari rakyat Malaysia kita  beri tekanan kepada kerajaan hari ini, terlalu lama mereka memperbodohkan kita sudah sampai masanya kita menyingsing lengan demi anak-anak kita.

 

Sekali lagi saya seru kepada seluruh anggota kerajaan (baik polis, askar), kakitangan awam, bank, mahasiswa IPS/IPTA, peniaga-peniaga runcit. Sertailah kami mengadakan DEMO PETANG SABTU (DPS) untuk menuntut tanggungjawab kerajaan BN.

 

 

ANAK KITA TANGGUNG JAWAB KITA

 

‘a@2000