Salam Reformasi
9hb Julai 2001

Adik-adik pelajar kita nampaknya bersemangat semula,sesemangat Dr Mahathir yang membicarakan Malaysian Malaysia...opps Bangsa Malaysia semasa perjumpaan kepimpinan Barisan Nasional baru-baru ini. Mungkin benar, Komentar bukan pakar bahasa dan mungkin memerlukan sedikit penjelasan. Malaysian Malaysia dan Bangsa Malaysia itu bunyi seolah-olah sama. Mungkin teknikalnya sahaja berbeza. Yang Malaysian Malaysia itu wadah DAP dan Bangsa Malaysia itu wadah UMNO. Entah le nampak macam sama tetapi berbeza apabila Presiden UMNO yang menyebutnya. Mungkin Dr Mahathir ciplak dan "improvise" dari dasar DAP kot. Tak pe lah, katalah penipu, katalah peniru dan katalah apa sahaja yang penting rakyat perlu menilai yang mana kaca dan yang mana intan. 

Dalam pada itu pelajar melalui email-email yang diterima sudah siap sedia untuk membantah penahanan rakan mereka di bawah akta ISA. Adik-adik kita di Universiti sudah mahu bangkit menentang penggunaan ISA. Melaui email ada antara mereka sudah berani memaparkan nama mereka bagi tujuan membantah. Salah satu email yang hadir juga datang dari rakan kita berbangsa Cina. Beliau sebagai pelajar turut marah dengan tindakan polis yang menahan rakan pelajar mereka. Nampaknya penahanan ini memberi kembali "advantage" kepada pembangkang untuk menjadikan UMNO parti pembangkang pada tahun 2004. 

Sekali lagi UMNO tersungkur dengan tindakan polis menahan pelajar dibawah ISA.