Assalamualaikum,
 
Saudara Dollah Salleh yang dikasihi,
 
1. Terima kasih di atas keperihatinan Saudara di dalam memberikan sokongan
terhadap projek SEKRETARIAT OPS 2004.
 
2. Leftenan KLUANGMAN menyampaikan salam buat Saudara. Walau bagaimanapun untuk
ketika ini beliau masih lagi bercuti di kampung halamannya di Selatan
Semenanjung setelah hampir 5 bulan tidak pulang ke sana.
 
3. Untuk makluman Saudara, di sana aktiviti beliau amat padat antaranya adalah:
 
- Sessi Ceramah Kelompok di:
  a. Rejimen Ke 2 Artileri Diraja (Isnin).
  b. Rejimen Ke 33 Artileri Diraja (Selasa).
  c. Rejimen Ke 61 Artileri Diraja (Rabu).
  d. Batalion Ke 5 Askar Melayu Diraja (Khamis).
 
- Sessi High Tea bersama rakan-rakan Tentera di salam sebuah warong ternama di
Bandar Kluang (Khamis)
 
- Menghadiri majlis malam Deepavali/Ceramah Kelompok di salah sebuah rumah rakan
Tentera beragama Hindu di Kluang (Jumaat).
 
4. Kesemua porgram telah dihadiri antara 15 ke 28 anggota. Ramai atau sedikitnya
anggota yang menghadiri program tidak penting yang penting adalah mesej dan
semangat Warga ATM & PDRM menyokong Gerakan REFORMASI di Telok Kemang telah
berjaya disampaikan kepada rakan-rakan di Kluang terutamanya di Kem Mahkota
pula.
 
5. Bagi rakan-rakan di sini, situasi mereka amatlah daif dengan serba kekurangan
informasi terkini. Ini ditambah pula dengan ketidak upayaan mereka menggunakan
fasilities internet walaupun Memanda Tua bermegah dengan projek MSC nya.
Perlulah program seumpama ini dijalankan oleh setiap Warga ATM & PDRM yang
sayangkan rakan-rakan mereka yang dahagakan maklumat serta perkembangan terkini
seantero negara.
 
6. Sambutan yang rakan-rakan Tentera di Kluang berikan amatlah menggalakkan.
Mereka terutama sekali rakan-rakan dari KAGAT berjanji akan menyebar luaskan
maklumat yang diberikan dalam majlis-majlis tersebut kepada seramai mungkin
rakan-rakan yang tidak hadir ke majlis tersebut. Tidak ketinggalan mereka turut
menjanjikan penglibatan di dalam PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT yang akan diadakan
pada 5 Nov 2000 kelak.
 
7. Sekian, ini sahaja perkembangan dari Leftenan KLUANGMAN untuk sehari dua ini.
Wassalam.
 
 
Dengan hormatnya,
 
 
PRANITA JUHI CHAWLA
Setiausaha OPS
 
bp
 
LEFTENAN KLUANGMAN
Ketua Pengarah OPS