MEMBAKAR RUMAH WARISAN UMNO

Pada Hari Raya ini banyak perbualan politik yang timbul bila saudara mara bertemu. Yang terbaru dan gigih dihujahkan oleh pembodek Maha(khin)zir adalah konsep rumah warisan. UMNO disamakan dengan RUMAH WARISAN nenek moyang orang melayu. Jadi persoalannya ‘Adakah kita sanggup membakar RUMAH WARISAN kita?’

Terkejut juga saya sejenak bagaimana nak menjawab ni.

Muncul satu idea yang mana berkait rapat dengan program yang saya minati iaitu National Geographic Explorer. Hujah saya berkait dengan Serengeti Park, Okavango Valley/Delta dan African Savanna dibenua Afrika. Dikawasan ini penuh dengan binatang liar dan tumbuhan yang hidup bebas semula jadi dimana sebahagian masa dalam setahun akan mewah dengan hujan yang menyebabkan tumbuhan, buah-buahan, bunga segar dan dimakan dengan enak oleh binatang besar seperti gajah, rusa; insect seperti ulat; dsbnya. Kemudian pada satu ketika, kemarau akan terjadi dan rumput menjadi kering, pokok akan mati dsbnya. Pada ketika ini, semua binatang seperti ular, biawak, babi, singa tahu bahawa sesuatu yang semulajadi akan berlaku. Mereka menerima hakikat ini, dan dengan cara ini sajalah tumbuhan baru akan muncul dan kehidupan akan segar semula. Kebakaran akan terjadi akibat panahan petir pada ketika panas terik dan ini adalah finomena semulajadi ciptaan Allah. Samada binatang ini suka atau tidak kebakar! an ini memberi nafas baru pada keadaan yang sudah tenat dan mencerut semua yang hidup.

Moralnya, kita sanggup bakar atau tidak rumah warisan, kejadian semulajadi akan mengambil alih apabila keadaannya sesuai.

Wild54 14Mac01.