Teks
Perbahasan Belanjawan 2001
Oleh.:
YB Dr. Syed Azman
Ahli
Parlimen Kuala Terengganu
Tuan
YDP,
Terima
kasih kerana memberi saya peluang untuk turut berucap didalam mmbahaskan rang
undang-undang perbekalan 2001 ini. Walaupun Belanjawan 2001 telah digelar oleh
Perdana Menteri sebagai “Belanjawan Rakyat”, akan tetapi ia mengandungi banyak
perkara yang mengecewakan rakyat ramai.
Sebagaimana
yang disebut oleh Ketua Pembangkang dalam Parlimen, ia menguntungkan sesetengah
golongan saja, tidak semua. Memang benar ada elaun, rebet dan penggalak untuk
golongan rendah dan pertengahan, akan tetapi ia tidak mencukupi. Bahkan
golongan kaya akan lebih beruntung. Menteri Kewangan menggariskan lima strategi
untuk Belanjawan ini dan beliau mengutamakan tiga daripadanya. Walaupun
kebanyakan sasaran bertumpu kepada ekonomi, akan tetapi di sebaliknya
tersembunyi agenda politik yang tidak beretika.
Tuan
YDP,
Didalam
pembentangan ini Menteri Kewangan juga ada menyebut visi negara kecil dengan
jumlah penduduknya 22 juta orang dengan penyediaan “wawasan 2020”, dimana
Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, sama tarafnya dengan
negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Persoalannya
pemimpin negara pernah juga memperkenalkan konsep “Pandang ke Timur” untuk
menerapkan semua nilai dan cara bekerja yang membawa kejayaan dalam bidang
industrialisasi sama seperti Jepun, Korea dan Taiwan dan nama PM menonjol
dengan bangganya dan digelar` sebagai “harimau”. Tapi kini Konsep pandang ke
Timur ini hanya tinggal impian…malahan impian ngeri.
Pemimpin
negara juga mempropagandakan impiannya “Nilai-nilai Asian” dan melaksanakannya
dan menjelaskan bahawa apa yang baik bagi Barat tidak semestinya baik untuk
Timur, demokrasi serta hak asasi ala Barat tidak semestinya baik dan menyatakan
juga bahawa di Timur, kami menjalankannya dengan “cara kami yang tersendiri”-
Demokrasi dan hak asasi di Malaysia adalah acuan kami sendiri.
Namun
realitinya, Di bawah pimpinan yang ada sekarang, Malaysia sebenarnya berada
jauh dari tahap yang memperakui hak-hak kebebasan masyarakat. Sebagai
sebahagian dari rencah politik rakyat Malaysia , ianya turut ketinggalan jauh
terkebelakang dalam soal konsep berpolitik dimana “siapa yang menang akan
mengambil kesemuanya dan yang kalah akan dihukum”. Yang lebih menyayantkan lagi
“politik balas dendam” diamalkan serta “tidak mahu menerima realiti bahawa
sebahagian rakyat kini telah menolak mereka”.
TYDP,
Belanjawan
ini cuba hendak digunakan untuk mendapatkan kembali sokongan undi untuk BN,
yang telah banyak berpindah kepada pembangkang dalam pilihanraya lalu. Ini
jelas sekali kelihatan apabila pasaran saham BSKL menerima pembentangan
belanjawan dengan jatuhnya index saham BSKL sebanyak 16 mata seolah-olah
menampakkan kurang keyakinan terhad pembentangan budget.
Tambahan
pula belanjawan ini juga turut menyentuh persoalan wang royalti minyak yang
telah dirampas dari Terengganu dan dijadikan wang ehsan yang ditadbirkan oleh
kerajaan Pusat. Adalah amat menghairankan apabila ‘wangh ihsan’ ini juga turut
di bentang sebagai sebahagian belanjawan negara. Dibawan peruntukan serta
butiran mana? Apakah Menteri Kewangan bercadang unuk membentangnya setiap
tahun!
Wang
ihsan ini kononnya untuk membantu
golongan miskin, seperti nelayan, petani, penarik beca dan mereka-mereka yang
perlu dibantu. Saya ingin bertanya di Dewan yang yang mulia ini - apa yang
dilakukan oleh Kerajaan UMNO selama 40 tahun mereka memerintah Terengganu?
Mereka
menerima royalti minyak secara langsung dengan tunai bernilai hampir RM7
billlion selama 22 tahun, seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian yang
ditandatangani antara PETRONAS dengan Kerajaan Terengganu.
Persoalannya
mengapakah rakyat Terengganu mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi (17.3%) -
hidup merempat, “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, walaupun
pendapatan per-kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara.
Apakah
pemimpin-pemimpin UMNO menggangap rakyat Terengganu tunggul kayu, pak turut,
bodoh dan bahalol sehinggakan mereka boleh diperkotak-katikkan secara tidak
bermaruah?
Tetapi
kini cara ‘daylight robbery’ yang
dilakukan oleh BN telah cuba menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat
Terengganu. Malahan ada Menteri yang dahulu telah ‘burn the bridge’ terhadap
UMNO berani menyatakan ianya hanyalah MOU. Apakah mereka mahu “memejamkan mata” dan menolak hak yang
ditermeterai dalam perjanjian yang dilaksanakan sejak 25 tahun dahulu.
Namun
saya ingin mengucapkan syabas kepada Presiden Petronas dan Ketua Pengarah
Esekutifnya, Tan Sri Mohammad Hassan Merican, yang berani menjelaskan bahawa
Petronas akan meneruskan pembayaran 5% hasil royalti kepada Terengganu
disebabkan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1975. Malahan Tan Sri
Hassan menganggarkan jumlah keseluruhannya pembayaran pada tahun ini ialah RM810
juta.
TYDP,
Dalam
isu ini, kerajaan Pusat dengan sewenang-wenang mencerobohi semangat dan amalan
federalisme, peruntukan undang-undang serta perjanjian bertulis antara
Terengganu dengan Petronas dengan mengubah perkataan 'royalti' kepada perkataan
'wang ihsan.'
Dengan
satu tindakan, kerajaan Pusat telah memaksa sebuah negeri yang merupakan
sebahagian daripada negara Malaysia, bertukar daripada sebuah negeri yang
berdaulat dan bebas (yang menyertai Persekutuan Malaysia secara sukarela dan
terhormat) kepada sebuah negeri peminta sedekah - yang hanya layak diberikan
'ihsan,' bukan hak.
Dengan
perkataan lain, dengan tindakan ini, kerajaan Pusat secara terbuka memaklumkan
kepada dunia bahawa ia bersedia untuk 'menjajah' mana-mana negeri dalam
Persekutuan Malaysia yang diingininya, biarpun tindakan tersebut berlawanan
dengan perlembagaan negara dan kehendak rakyat. Ini adalah kezaliman dan
keterlanjuran yang amat jelek sekali.
Tetapi,
seperti kata YAB Menteri Besar Terengganu, perkataan ihsan adalah perkataan
Arab yang bermaksud belas kasihan. Kalau kita hendak menyembelih lembu kita
gunakan pisau yang tajam kerana belas kasihan terhadap lembu itu supaya ia
tidak terlalu sakit apabila disembelih. Tetapi UMNO/BN cuba 'menyembelih'
sebuah kerajaan yang ‘legitimate’ bukan
secara ihsan, tetapi dengan tukul besi dan mereka ketuk kepala bagaikan Zionis
Israel yang merampas tanah serta hak penduduk Palestin. Malahan sifat-sifat
Zionis yang tidak pernah menghurmati perjanjian serta sentiasa khianat kepada
sesuatu perjanjian yang ada kepada sesetengah pemimpin UMNO hari ini.
Inikah
ihsan? Ini sebenarnya adalah kezaliman yang telah dikenakan kepada sebuah
kerajaan negeri yang mendapat mandat sah dari rakyat. Ini bukan bayaran ihsan,
tetapi bayaran 'nazi' atau bayaran zalim, bayaran menyeksa.
Kalau
dahulu mereka sanggup menghina dan menghukum seorang insan yang dahulunya
mereka sanjung-puja. Tapi kini mereka menghina dan menghukum 1.2 juta rakyat
Terengganu yang 95% adalah bangsa Melayu.
YA
kita akan menyeret UMNO/BN ke mahkamah - tapi bukan mahkamah yang ada ini -
kita akan bawa mereka ke ‘mahkamah rakyat” - rakyatlah akan menjadi hakim dan
menghukum kezaliman pemimpin-pemimpin yang ada ekarang ini. Insy’Allah PR
kesebelas tidak lama lagi - We are willing to wait - Kita sanggup menunggu - “time
is on our side”.
Tuan
YDP,
Kerajaan
Pusat sebenarnya telah menghantar satu isyarat yang salah kepada pelabur luar.
Petronas merupakan sebuah syarikat besar dan menjalankan perniagaan secara
Internasional. Jika Kerajaan Pusat tidak menepati perjanjian di antara kerajaan
negeri Terengganu , bagaimanakah pula pelabur asing akan mempercayai akan
keselamatan perniagaan mereka bila menjalankan pelaburan di Malaysia.
Pimpinan
UMNO bukan sahaja menghukum rakyat Terengganu, malahan keseluruhan rakyat
Malaysia, apabila pelabur asing mula menarik dan menjauhi pelaburan mereka
dimana dalam masa yang sama ekonomi serantau mula menunjukkan kemakmurannya.
Begitu
juga peranan Parlimen. Apakah kita mahu membuang kelongkang semua ‘hansard’
parlimen yang memperakui hak sesebuah negeri yang nyata.
“Bagaimana
pula halnya dengan Parlimen yang sebagai badan tertinggi perundangan? Seperti
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1992) yang kin terpaksa menjilat
kembali kata-katanya demi survival politiknya. Beliau berkata; “Parlimen sudah diperalatkan oleh eksekutif
politik. Parlimen dikuda untuk meluluskan undang-undang zalim”. Ya - inilah
realiti yang ada.
TYDP,
Tidak
cukup dengan itu - Pebentangan ‘belanjawan rakyat’ ini juga di buat di tengah-tengah
amalan rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa berlaku di negara kita.
Index rasuh negara berada di tahap yang amat membimbangkan. Dari isu ‘lesen
terbang’ hinggakan kepada kekeyaan luarbiasa anak-anak menteri sehingga ada
anak Menteri yang baru berusia 27 tahun mempunyai kekayaan mencecah $1.2
billion, ada anak Menteri yang duduk didalam BOD lebih dari 200 syarikat di
seluruh Malaysia.
Inilah
yang dikatakan ‘negara kleptocracy’
dimana negara dikusai oleh mereka yang dikusai oleh mereka yang rasuah.
Kekayaan negara dikaut untuk kepentingan diri dan kroni.Apakah amalan yang
jijik ini sudah menjadi suatu ‘budaya biasa’ di negera kita?
Tuan
YDP,
Kenapa pemimpin-pemimpin UMNO
begitu ‘peroniod’ sekarang ini?
Sejak
negara kita menghadapi kegawatan ekonomi lebih dua tahun lalu serta trajedi
pemecatan DSAI, negara kita samada politik, ekonomi serta sosialnya berada
didalam keadan yang tidak menentu. Kepimpinan politiknya tidak stabil,
ekonominya terus berkecamuk dan keadaan sosialnya terus merosot.
Kita
baru sahaja hampir setahun menghadapi PR yang ke 10 pada akhir November 1999.
Ya, BN terus berkuasa serta telah mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen. Namun
kita perlu ingat - ‘the biggest loser’ dalam PR lepas adlah UMNO!
Rata-rata
undi yang di perolehi UMNO merosot. Ramai pimpinan mereka yang kecundang.
Mereka bukan sahaja kehilangan Kelantan malahan Terengganu yang merupakan 2
negeri majoriti Melayu terbesar di Malaysia. Malahan secara purata di
semenanjung Malaysia, 55% pengundi Melayu telah memberi undi kepada Pas/BA.
UMNO kehilangan tapak dikalangan masyarakat Melayu!
Kebanyakan
kerusi UMNO dimenangi rata-rata dengan ‘ehsan’ pengundi-pengundi bukan Melayu
khususnya pengundi-pengundi Cina dan India. Itupun dengan cara ‘politics of fear’ yang mereka amalkan.
Apakah kita lupa akan gambaran yang di berikan kepada masyarakatt Cina
sekiranya mereka memilih BA - seolah-olah akan berlaku semual peristiwa
berdarah 13 Mei, akan berlaku kekacauan, ‘bloodbath’ serta huruhara di negara
ini. Poster-poster yang menakutkan di tampal dikawasan-kawasan majoriti Cina.
Malahan akhbar-akhbar perdana turut memberi gambaran yang menggerunkan kepada
masyarakat Cina.
Tuan
YDP,
Undi
popular UMNO/BN merosot dari 66.8% (1995) kepada 56% pada tahun 1999.
Pembangkang pula telah meningkat dari 33% kepada 44% undi popular di seluruh
Malaysia. Lebih 2.27 juta pengundi telah memberi undi kepada Pas/BA. Ramai
pimpinan UMNO yang kalah teruk.
Rakyat
pula telah memberi mandat secara sah kepada Pas/BA di Kelantan dan Terengganu.
Malahan kerusi parlimen UMNO hanya tinggal 74 berbanding 94 dalam PR yang
lepas. Mereka kehilangan banyak kerusi di Pahang, Kedah. Perak, Selangor dan
Perlis. Kerusi parlimen Kuala Terengganu yang saya tandingi, dalam PR 1995 -
UMNO menang dengan majoriti lebih empat ribu undi. Namun dalam PR lepas saya
telah menang dengan majoriti melebihi 14,000 undi. Apakah ‘hantu’ yang memberi
undi kepada saya ataupun mandat rakyat yang mahukan perubahan!
UMNO
perlu menerima realiti bahawa kini mereka bukan lagi mewakili majoriti Melayu
di Malaysia. Mereka kini ditolak secara terbuka oleh sebahagin besar masyarakat
Melayu. Meraka hanyalah layak dipanggil pemimpin ‘minoriti melayu’ yang menang dengan ‘ihsan’ masyarakat bukan
Melayu! Genersi muda yang berpendidikan terutamanya kini ‘muak dan mual’ dengan
gelagat pemimpin UNMO yang terus menerus mahu ‘bersandiwara’ dengan rakyat
serta angkuh dan gelojoh memegang tapuk pemerintahan. Golongan kelas
pertengahan Melayu secara terbuka menolak UMNO dan kini ‘berpayung di bawah
Pas/BA’.
Tuan
YDP,
Inilah
realiti yang sehingga sekarang pemimpin UMNO tidak bersedia untuk mereka
terima. Malahan mereka cuba mencari isu - mereka cuba membakar semangat
orang-orang melayu dengan ‘ketuanan Melayu’. Mereka cuba mengaitkan isu ‘gangguan
kuasa asing’ dengan pembangkang. Merekan cuba neniupkan kembali isu ‘perpecahan
bangsa Melayu’. Malahan dalam banyak hal Pas-lah yang menjadi sasaran mereka.
Pas terutamanya cuba ‘dikambing hitamkan’ dengan isu perpecahan bangsa,
memperalatkan Islam, malahan isu Al-maunah juga cuba dikaitkan dengan Pas.
Inilah UMNO sekarang, “kokok
berderai-derai tapi ekor penuh dengan tahi”
Realitinya
UMNO dan pemerintahan sekarang sedang tenat menghadapi ‘krisis keyakinan’. Rakyat sudah tidak percaya dengan ‘propaganda
UMNO’ walaupun mereka memiliki media perdana. Ini semua dianggap hanyalah
sebagai ‘sandiwara’ pemimpin yang sedang nazak.
Tuan
YDP,
Belanjawan
ini juga ‘mengecewakan’ ramai kerana
tidak memberi kenaikan gaji terutama kepada golongan pekerja awam berpendapatan
rendah dan sederhana. Memang benar tidak lama dulu kakitangan kerajaan telah
mendapat kenaikan gaji 10 peratus. Akan tetapi, memikirkan kenaikan harga
barang keperluan serta pengangkutan, berikutan peningkatan harga minyak petrol,
dan lagi pula para menteri dan wakil rakyat dijangka mendapat kenaikan
pendapatan 10 peratus, saya ingin mencadangkan agar sekurang-kurangnya pekerja
rendah ini diberi bonus satu bulan.
Bukankah
ini yang mereka harapkan, bahkan kadang-kadang dijanjikan? Bahkan sepatutnya
gaji golongan profesional, terutama sekali kakitangan universiti dan hospital,
dinaikkan juga, untuk menyekat pemindahan mereka daripada sektor awam ke sektor
swasta. Apatah lagi mereka ini berkelayakan tinggi tetapi dibayar rendah. Tidak
cukup memberi mereka tambahan elaun yang kecil saja tapi kepakaran mereka mesti
di ‘recognised’.
Tuan
YDP,
Dalam
lima tahun akan datang, adalah dijangka kira-kira 2,000 orang kakitangan kanan
di semua universiti akan sampai masa untuk bersara. Perkhidmatan di kalangan ramai
mereka yang telah mencapai umur persaraan tidak dilanjutkan pada masa yang
lalu, walaupun kelayakan dan kepakaran mereka tinggi. Tidak ramai orang muda
yang berkelayakan mahu memasuki bidang akademik kerana gajinya rendah.
Hal
ini tentu sekali akan menimbulkan krisis mutu pendidikan di universiti pada
masa akan datang. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan agar kerajaan membuat
penilian semula terhadap had bersara seperti yang ada sekarang yang bukan
kepada warga universiti tetapi juga di semua sektor yang dirasakan perlu. Saya
ingin mencadangkan agart had umur 60 tahun sebagai had umur pencen di negara
kita.
Pengaliran
para doktor dari perkhidmatan kerajaan ke hospital-hospital swasta tidak boleh
disekat oleh kerana tarikan gaji mereka menarik dan berlipat kali ganda lebih
tinggi dari perkhidmanat kerajaan. Kekurangan doktor di hospital kerajaan boleh
menjejas mutu perkhidmatan kesihatan. Maka saya ingin mencadangkan agar gaji
serta insentif doktor-doktor di negara ini di kaji secara menyeluruh.
TYDP,
Rancangan
untuk menubuhkan empat buah lagi universiti dan beberapa buah hospital memang
baik. Sudah tentu peruntukan sebanyak RM7.56 bilion untuk membina hospital baru
akan menimbulkan senyuman di kalangan para kontraktor tertentu. Namun - lebih
penting daripada pembangunan fizikal ialah memastikan hospital cukup kakitangan
dan mempertahankan mutu perkhidmatan yang tinggi. Peruntukan bagi
perkara-perkara ini nampaknya tidak wujud dengan bererti dalam Belanjawan ini
dan yang dijangka mendapat laba adalah kontraktor-kontractor kroni.
Belanjawan
ini juga tidak menyebut tentang rancangan penswastaan dan pengkorporatan
hospital dan universiti yang sedang dan akan berjalan. Perlu difahami bahawa
rancangan ini akan mengakibatkan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan menjadi
lebih mahal dan bertambah susah untuk diperolehi oleh rakyat biasa. Akan
tetapi, ia sudah tentu menjanjikan untung yang besar bagi kroni-kroni tertentu.
Saya pohon penjelasan Menteri dalam hal ini.
Berhubung
dengan kesihatan ini, beberapa pelepasan cukai dan subsidi menimbulkan soalan.
Terdapat pelepasan cukai sebanyak RM500 untuk perkhidmatan perubatan. Bagaimana
kedudukannya untuk golongan miskin yang tidak membayar cukai? Apakah jenis
pelepasan serupa yang mereka perolehi?
Ada
juga subsidi untuk rawatan dialisis bagi mereka yang menghadapi masalah buah
pinggang. Tetapi bagaimana dengan mereka yang diserang penyakit jantung ataupun
angin ahmar? Kita mesti ingat bahawa mereka ini tidak mempunyai keupayaan sama
sekali untuk bekerja dan akibatnya sangat buruk jikalau mereka miskin. Saya
ingin mencadangkan agar mereka juga diberikan hak.
Berserta
pendidikan dan kesihatan, perumahan dan pengangkutan merupakan kemudahan sosial
penting yang sewajarnya menjadi tanggungjawab sosial yang disediakan oleh
pemerintah.
Rumah
kos rendah dan sederhana sudah dinaikkan harga sebelum belanjawan ini lagi,
untuk memenuhi tuntutan pemaju yang tidak puas hati dengan keuntungan kecil
yang mereka dapati. Harga rumah murah dinaikkan daripada RM25,000 kepada kira-kira
RM40,000, manakala rumah sederhana bertambah daripadaRM45,000 kepada sekitar
RM60,000. Walaupun harga naik, akan tetapi mutu rumah-rumah jenis ini semakin
merosot. Rumah kos murah dan sederhana yang telah didirikan tidak mencukupi
bagi “setinggan” yang kehilangan tempat tinggal akibat perobohan. Lebih-lebih
lagi tidak cukup kemudahan atau bantuan untuk menolong mereka membeli rumah.
Pemerintah
merancang untuk menyelesaikan masalah setinggan di Kuala Lumpur dalam masa dua
tahun. Adakah ini akan dilaksanakan melalui pengusiran secara paksa? Malangnya
sedikit sekali perlindungan diberi kepada penduduk setinggan daripada
pengusiran secara paksa ini. Lagi pula mereka jarang mendapat pampasan yang
mencukupi atau tanah atau rumah ganti selepas perobohan rumah mereka. Mengenai
pengangkutan pula, bilangannya masih tidak mencukupi dan mutu perkhidmatan pula
sangat rendah.
Tambahan
pula, kesesakan lalulintas sering berlaku, selepas hujan lebat diikuti banjir
kilat, yang menimbulkan banyak masalah di sesetengah kawasan kediaman setinggan
khususnya. Tidak banyak yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan
yang prihatin seharusnya lebih mengambil berat terhadap nasib golongan miskin
di bandar dan juga desa.
Berhubung
dengan k-ekonomi dan rancangan ICT, dan juga untuk menguatkan daya persaingan
dalam lapangan-lapangan ini, banyak penggalak disediakan. Kerajaan cuba menarik
pakar-pakar dari “Banglore hingga San Francisco”, dengan menawarkan pelepasan
cukai pendapatan selama dua tahun, pelepasan cukai daripada barang-barang yang
dibawa masuk, termasuk dua buah kereta persendirian, dan jaminan bahawa
kewarganegaraan kan diberi dalam tempoh enam bulan kepada isteri asing.
Wang
KWSP boleh dikeluarkan untuk membeli komputer bagi pencarum sendiri selain
daripada anak yang sedang menuntut. Dua ribu dua ratus makmal komputer akan
disediakan di sekolah-sekolah tertentu. Akan tetapi, apakah akan berlaku kepada
mereka yang miskin dan tidak menyumbang kepada KWSP? Bilakah mereka akan
termampu untuk membeli komputer?
Dan
bagaimana pula dengan beratus-ratus sekolah luar bandar, yang tidak mempunyai
bekalan elektrik pun? Apakah peruntukan yang diberi supaya kanak-kanak miskin
yang belajar di sekolah tersebut boleh menghambat ketinggalan dalam teknologi
komputer itu? Ada bahayanya bahawa jurang ekonomi yang melebar akan menjadi
bertambah lebar dengan adanya jurang teknologi ini di antara golongan miskin
dengan kaya.
Mengenai
wanita pula, ada beberapa konsesi diberi kepada mereka berkaitan dengan
pelepasan cukai, rebet dan juga bantuan untuk ibu tunggal. Sudah tentu ini
diterima baik bukan saja oleh kumpulan wanita. Akan tetapi ini saja belum
begitu memadai. Misalnya, tidak ada peruntukan bagi rancangan-rancangan untuk
menghindar keganasan seks dan juga untuk membantu wanita yang menjadi mangsa
keganasan itu.
Akhirnya,
alam sekitar merupakan satu masalah yang serius di negeri ini. Akan tetapi,
cuma RM85 juta saja diperuntukkan bagi penguatkuasaan, pengawalan dan
pemantauan dalam bidang ini. Sepatutnya, lebih banyak lagi peruntukan bagi
meningkatkan kualiti alam sekitar, misalnya, untuk membersihkan sungai, pantai
dan udara, dan bagi menambah bilangan pegawai penguatkuasa untuk menjalankan
peraturan-peraturan yang berhubung dengan perlindungan alam sekitar. Malangnya,
pemerintah tidak mengambil berat terhadap alam sekitar sebagaimana yang
sewajarnya.
Bandingkan
jumlah ini dengan RM4.75 bilion yang diperuntukkan bagi membina jalan, jambatan
dan pelabuhan. Peruntukan besar ini tentu menggembirakan para kontraktor, lebih
daripada rakyat biasa yang akan menghadapi pencemaran akibat aktiviti-aktiviti
pembinaan ini. Apabila jumlah ini ditambah pula dengan peruntukan RM7.56 bilion
untuk membina hospital, dan juga pengeluaran wang KWSP untuk membeli komputer,
Belanjawan ini menunjukkan bahawa ia lebih mengambil berat terhadap kontraktor
dan peniaga daripada rakyat biasa, terutama sekali dari golongan miskin.
TYDP,
Kita
mesti menerima realiti bahawa negara kita dalam krisis - Terimalah realiti ini
- Kita tidak boleh lari dari realiti imej negara kita kini sudah banyak
tercemar. Jangan hanya menudung jari kepada pihak lain. Cerminlah diri sendiri
dan terimalah kenyataan ‘you are a sick
man’. Alaf baru ini kita tidak boleh berbohong lagi kepada rakyat. Era
globalisasi juga menuntut kita agar lebih telus serta menerima asas-asas hak
asasi manusia serta keadilan sejagat.
TYDP,
Saya
ingin menarik Dewan ini akan resolusi International Parliamentary Union(IPU) di
Jakarta minggu lepas. Persdidangan IPU yang dihadiri oleh 505 ahli-ahli parlimen
dari lebih seratus negara termasuk wakil-wakil BN yang hadhir. IPU telah
melulus satu resolusi yang mengecam kerajaan Malaysia terutamanya dalam kes
korupsi serta liwat DSAI yang antara lain menyatakan bahawa kes ini “not of a
legal nature” and they were build on the presumption of guilt”. Malahan kes ini
dianggap sebagai “there were reliable
allegations concerning the use of coerced statements of withnesses”
Resolusi
yang di luluskan oleh IPU ini juga menggesa kerajaan membebaskan DSAI “pending
appeal”.
Kita
masih ingat beberapa bulan lepas apabila DSAI dijatuhkan hukuman 6+9 Kebanyakan
negara di dunia ini mengecam tindakan ini. Kerajaan Amerika menyatakan bahawa
hukuman ini adalah “very distressed” Kerajaan Kanada telah memanggil duta
Malaysia di sana untuk menyatakan “deep concern”. Perdana Menteri Australia
secar terbuka mempersoalkan kebebasan kehakiman dinegara ini. Malahan
rakan-rakan negara-negara ASEAN ‘in private’ menyatakan sikap kekesalan mereka
dalam hal ini. Sehinggakan badan yang dihormati dunia International Commisions
of Jurists (ICJ) menggangap DSAI sebagai “a prisoner of conscience”.
TYDP,
Kita
masih ingat bahawa Jefferey Sachs dari Harvard Universiti yang merupakan
seorang Noble Price economic Laureate pernah menyatakan bahawa reputasi negara
di peringkat antarbangsa telah tercemar kerana ‘auhhoritarian political crackdown serta mengenakan ‘useless’ capital
control’.
Malahan
beliau menambah lagi bahawa “a lack of
political fredom will hold Malaysia back from attacting It industry as the link
between democracy and information rich societies is important”.
TYDP,
Semua
memperakui bahawa kepimpinan yang ada sekarang sudah kehilangan ‘kredibiliti’. Perdana Menteri sendiri
sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat parah terutamanya di kalangan
masyarakat Melayu. - PM pernah menulis “The Malay dilemma” - Namun kini beliau
serta UMNO sendiri yang sedang menghadapi dilemma.
PM
berkata kalau dahulu beliau di benci oleh kebanyakan masyarakat Cina dan di
sayangi oleh orang-orang Melayu - Namun kini ia adalah di sebaliknya - PM
terpaksa memperakui bahawa masyarakat Melayu sudah tidak lagi menyokong beliau
dan beliau bargantung sokongan di atas ehsan masyarakat Cina. Namun PM berkata
beliau tidak akan meletakkan jawatan sehingga orang-orang Melayu kembali
menyokong beliau - Apakah ini akan berlaku selagi beliau terus memimpin negara!
Seperti kata Barry Wein dari Wall
Street Journal;
“Its one of the great ironies
that, while Dr. Mahathir’s grip on Malaysia has never seemed thighter, his
retirement has never been more eargely awaited, and the nation’s political
future has never appeared so uncertain”.
“Even some of Dr. Mahathir’s most
ardent backers recognised that he must go….As they see it, the critical
elements are timing and face.”
Kepada
pemimpin yang sudah usang dan ‘liabilities’ kepada negara - saya sarankan ‘turunlah
segera sebelum kamu di turunkan oleh rakyat’. Belajarlah dari apa yang berlaku
kepada diktator yang zalim seperti Marcos di Filipina, Suharto di Indonesia
serta Milosevic di Serbia.
Saya
teringat ucapan yang pernah di buat oleh YB dari Gua Musang pada tahun 1992 - “Negara
kita akan diperintah oleh golongan seperti Mafia” - “Mereka ini kayaraya dan
berkuasa. Mereka akan mempengaruhi polis, pegawai kerajaan, Peguam Negara,
mahkamah dan sesiapa sahaja untuk berpihak kepada mereka. Dengan wang yang
banyak mereka boleh beli apa sahja dan lakukan apa sahaja yang mereka mahu.
Tidak siapa boleh mempertikaikan perbuatan mereka”. Ya YB Gua Musang, Bagi saya
ini sudah menjadi realiti - Mafia yang dikatakan oleh YB sedang bermaharajalela
di negara kita.
TYDP,
·
usahlah bercakap soal
penyatuan Melayu atau majlis Melayu kalau terus menerus menghina dan menghukum
2.6 juta Melayu Terengganu dan Kelantan.
·
Usahlah bercakap soal
Islam kalau terus menerus menghina Islam dengan tindakan-tindakan dangkal
terhadap kesucian Islam sendiri.
·
Usahlah bercakap soal
Globalisasi dan mengecam ketidak-adilan Kuasa-kuasa Besar Barat kalau diri
sendiri terus menerus mengamalkan kediktatoran serta politik Machievelli
terhadap sebarang bentuk opposisi.
·
Realitinya masyarakat
Melayu tidak mungkin akan kembali ‘berpayung’ untuk bersatu dibawah UMNO.
Rakyat sudah tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan lagi!
Kembalilah
berpijak di bumi nyata - tolaklah ‘politik
perkauman yang jijik’ Binalah Malaysia di alaf baru ini dengan kepimpinan
serta pemerintahan yang telus, bersih serta saling hormat-menghormati - masa
untuk berubah sudah sampai.