KLIK UNTUK DOKUMEN YANG DI SCAN

Badrul Amin di Suhakam

SURAT KEPADA Y.BHG TAN SRI MUSA HITAM

MEMBANTAH TINDAKAN POLIS HALANG MAJLIS HARI RAYA

Saya selaku Ketua Keadilan Sabak Bernam dengan ini melapurkan rasa tidak puas hati seluruh pimpinan serta pendukung dan rakyat Sabak Bernam seluruhnya atas tindakan polis menghalang Majlis Jamuan Hari Raya dan Ramah Mesra Aidil Fitri yang kami adakan pada 6 hb Januari yang lalu dengan membawa ke kampung ratusan FRU/PGA.

Majlis tersebut di adakan di Pusat keADILan Sabak Bernam, markas kami yang terletak 1 km dari ajlan besar, dikelilingi kebun kelapa, koko dan sawit serta mempunyai keluasan tapak 2 ekar setengah dan bertutup. Sebelum ini Polis juga telah menghalang Majlis Berbuka Puasa, Tarawih dan Tazkirah Ramadan yang kami anjurkan di tempat yang sama pada 3 Disember 2000 dengan cara sama iaitu membawa ratusan FRU/PGA.

Sebagai Parti berdaftar dalam negara demokrasi, kami menuntut hak kami untuk bertemu rakyat terutama penyokong bagi menjelaskan pendirian Parti terhadap isu-isu semasa. Kami juga menuntut agar Polis menghentikan tekanan-tekanan keatas Parti-Parti Barisan Alternatif sesuai dengan sifat Polis sebagai badan berkecuali yang memberi khidmat kepada seluruh rakyat.

Bersama ini kami sertakan lapuran kejadian yang dimaksudkan. Kami bersedia bertemu pihak SUHAKAM membawa bukti gambar dan video jika diperlukan. Moga mendapat perhatian dari Y.Bhg Tan Sri.

Terima Kasih dan Salam Aidil Fitri.

 

Ustad Badrul Amin Bahron

Ketua KeADILan Bhg Sabak Bernam