KOMENTAR

 

20.09.2000

Salam Reformasi

 

 

KENYATAAN ABDULLAH BADAWI NYATA SALAH

 

Abdullah Badawi mengatakan bahawa Malaysia lebih baik tanpa demonstrasi. Beliau dilapurkan berkata pelbagai kesimpulan boleh di buat dengan tidak adanya sebarang demonstrasi pada 20 September. (KLIK SINI UNTUK KENYATAAN BELIAU)

 

Kenyataan beliau nyata salah. Sebenarnya bukan dengan ketiadaan demonstrasi ini negara akan menjadi lebih baik. Sebenarnya dengan ketiadaan Mahathir dan kuncunya yang senantiasa lapar akan menjadikan negara ini lebih baik dari sekarang.

 

Abdullah Badawi kena akui bahawa sistem keadilan, badan kehakiman dan segala jentera keselamatan negara tercacat dengan mainan Dr Mahathir. Abdullah Badawi harus sedar bahawa dengan menutup mata terhadap kemungkaran yang sedang berleluasa ini negara akan terus teraniya. Abdullah Badawi sebagai pemimpin pasti akan di soal oleh MAHA PENCIPTA kita. Jawablah Abdullah Badawi. Katakan kelak bahawa kalau kamu engkar pada Mahathir kamu takut diri kamu di dera dan dianiya. Katakan pada ALLAH SWT bahawa kamu takutkan Mahathir lebih dari azab seksa yang bakal ALLAH SWT turunkan akibat turut bersenkongkol dengan fitnah keatas Anwar Ibrahim. Jawablah kamu ABDULLAH AHMAD BADAWI.

 

Abdullah Badawi , REFORMASI tidak akan mati. Ianya sedah membentuk kesedaran dikalangkan kita rakyat Malaysia bahawa kezaliman dan ketidakadilan yang kamu sanjung sudah tidak boleh dibiarkan lagi. Kesedaran sudah ada dan kesedaran ini menular ke seluruh rakyat Malaysia yang sudah nampak jelas kezaliman Dr Mahathir dan kaum keramat UMNO yang hanya duduk bisu dan tidak mahu berkata apa kerana takut.

 

Abdullah Badawi JAWABLAH KELAK.

 

KOMENTAR

Bebaskan Anwar Ibrahim