KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

19.06.2000

Salam Reformasi

 

PIMPINAN BA DIGESA LEBIH AGGRESIF DALAM MENDESAK POLIS UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN ATAS KENYATAAN SHAFEE YAHAYA

 

Semua kenyataan Media telah di buat. Ketua Pembangkang Ustad Fadhil Noor telah memberi kenyataan kerasnya supaya tindakan diambil keatas Mahathir. Lim Kit Siang turut menggesa agar Maahthir di tuduh atas kenyataan Bekas Ketua Pengarah BPR. Parti Keadilan Nasional di bawah Pemuda menerima usul khas mendesak agar tindakan keatas Mahathir di ambil. Apakah itu cukup. Apakah cukup setakat jeritan media. Komentar mencadangkan agar satu tindakan kolektif kesemua kepimpinan Barisan Alternatif khasnya Majlis Presiden mencari formula desakan yang lebih berkesan bagi memastikan Mahathir Mohamed diheret didalam  penjara. Kita pastikan agar Barisan Alternatif, kepimpinannya, Ahli Berhormat, NGO dan semua lapisan rakyat bangkit untuk mengegar Jabatan Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Badan Kehakiman supaya mereka dikejutkan dari terus menerus dibuai penipuan Mahathir. Kerahkan segera, Mahathir pasti tumbang tahun ini.

 

Tidak minggu ini, bulan depan, tidak tahun ini tahun depan, LAWAN TETAP LAWAN. Ingat, tahun ini kita singkirkan Mahathir.

 

Ayuh mulakan desakan….