KOMENTAR

KOMENTAR 1

03.05.00

 

 

JANGAN MENARI IKUT RENTAK MAHATHIR?

 

Kerajaan telah mengecam Program Black 14. Dikatakan ianya satu perangcanaan Barisan Alternatif khususnya keADILan dalam percubaan mereka untuk merusuh. Ianya dikatakan sebagai satu kegiatan ganas dalam usaha memporak-perandakan negara. Ianya akan melihat keganasan pendokong Anwar Ibrahim. Mereka, yakni kepimpinan keADILan ditangkap dan akan dibicarakan bersama-sama pendokong yang akan dan telah dituduh atas menyertai perhimpunan haram. Dalam kita menyelami kutukan dan kritikan terhadap Black 14 Komentar dikejutkan dengan desas desus bahawa terdapat kepimpinan yang menolak perhimpunan Aman Black 14. Kepimpinan menyelar mereka dikalangan pemimpin keADILan yang terlibat dalam perhimpunan Black 14. Desas desus ini semakin kuat sehinggakan Komentar terpaksa mendapatkan input dari mereka-mereka yang boleh dipercayai bagi mengesahkan desas-desus terbut. SEMEMANGNYA BENAR !. Beberapa kepimpinan telah menolak Program Black 14. Alasan mereka ialah terlampau banyak risiko dalam mengadakan perhimpunan tersebut dan mereka tidak mahu mengambil risiko seumpama itu. Mereka masih percaya kepada sistem yang ada sedangkan Sdr Anwar Ibrahim dalam Memorandum bertarikh 29.04.2000 telah menyatakan kepincangan dan ketidakpercayaan beliau terhadap Badan Kehakiman dan selanjutnya kepada sistem yang ada. Mereka dari kalangan kepimpinan yang menolak Program Black 14, lebih mesra dengan mainan politik dalam usaha untuk menjayakan agenda rakyat ini. Agenda yang mahu rakyat menikmati keadilan dan menghapuskan kezaliman. Mereka secara tidak langsung hampir menyatakan bahawa slogan “ kalau takut menanggung risiko usah bicara tentang perjuangan” sebenar tidak sesuai dalam konteks perjuangan berlandaskan politik. Penolakan mereka atas Program Black 14 adalah penolakkan mereka keatas hak rakyat seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan kita. Kita mempunyai hak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, hak untuk berkumpul secara aman dan hak asas kita sebagai warganegara Malaysia. Program Black 14 adalah program rakyat dalam menekankan dan menuntut hak tersebut. Hak ini jugalah yang dilaung-laungkan oleh mereka dibelakang meja di Pejabat keADILan Phielo Damansara dan diatas pentas ceramah yang mempunyai permit. Mereka terus mengaku untuk memperjuangkan keadilan dan menghapuskan kezaliman dan menjerit dengan penuh semangat LAWAN TETAP LAWAN. Alih-alih terdapat juga suara sumbang yang menolak malah mengutuk penganjuran Black 14. Suara ini seolah-olah mengenepikan asas perjuangan kita yakni menuntut hak untuk kita bersuara. Apakah dengan kenyataan dari Laman Web keADILan sahaja dapat membantu kita merubah keadaan. Apakah dengan tertamannya Harakah, Eksklusif dan Detik maka kita masih lagi percaya pada sistem kerajaan sekarang ini. Tekanan harus diberi untuk perubahan, seumpanan belon yang perlu ditiup untuk mengubah struktur bentuknya.

Kemana arah media kita,suara kita dan hak kita sekiranya kita hanya menunggu kepada perubahan dan tidak berusaha sesungguhnya menuntut perubahan. Jesteru itu Sdr Anwar Ibrahim menuntut REFORMASI dengan mengumpulkan puluhan ribu malah ratusan untuk menyatakan ketidakpuasan rakyat terhadap kepimpinan yang zalim lagi angkuh.

 

Kini suara-suara wujud setelah Sdr Anwar terpenjara , bahawa Program seumpama Black 14 tidak perlu diadakan. Suara-suara mengecam penganjur yang terdiri dari rakyat yang bakal membantu kita dalam memastikan agenda rakyat tercapai. Suara-suara ini mengajak kita menentukan agak platform politik, dan hanya platform politik ditentukan sebagai arah untuk kita mencapai kejayaan. Jesteru itu platfom ini dibentuk dan tidak membuahkan sebarang perubahan malah penekanan yang terus bertambah. Apakah tanpa gerakan reformasi ini maka platfom politik yang dibentuk ini akan kukuh dan seterusnya menjana kejayaan.

 

Ingat “ kita tidak akan mengikut rentak tarian Mahathir”  ingat “ we will not dance to Mahathir’s tune” tetapi sayang setakat ini kita menuruti rentak yang dimainkan oleh Mahathir. Mahathir mahu kita berpolitik, menuruti permainannya dan kita setuju dan kita pasti akan terkecewa. Kita pasti akan terkecewa kerana permainan Mahathir menghadkan suara kita, menghapuskan jentera kita, menaburkan wang yang menjadi budaya baru sesetengah kita. Kita akan terus terkecewa.

 

Sdr Anwar Ibrahim jelas kecewa dengan sistem perundangan dan badan kehakiman kita. Beliau nampak jelas permainan Mahathir dalam usahanya untuk terus berkuasa. Kita sudah semestinya nampak perkara ini berlaku. Kita akui kekalahan pilihanraya adalah kerana mainan mereka baik dari segi penipuan dan penggunaan jentera kerajaan. Oleh itu kita harus memastikan kekuatan kita adalah dari segala sudut. Kita harus utuh dari segi permainan politik mahupun cara lain yakni desakan reformasi berterusan. Kita tidak boleh membiarkan gerakan ini terpadam semata-mata ada suara-suara yang tidak sanggup berjuang tetapi melebelkan diri berjuang tanpa mahu mengambil risiko.

 

Apakah kita harus menyorokkan desakan kita sedangkan desakan ini adalah untuk suatu yang memang diperuntukkan dalam perlembagaan.

 

NASIHAT KOMENTAR

 

“kalau takut bermain ombak jangan berumah ditepi pantai”Landasan politik dan desakan rakyat secara kolektif memungkinkan kejayaan perjuangan ini.Insyallah

GERAKAN REFORMASI MESTI DITERUSKAN.