KOMENTAR

Komentar 1

08.05.00

 

 

Komentar sempat menghadiri ceramah tertutup minggu sudah anjuran Bahagian Wangsa Maju. Dalam menghadiri ceramah tertutup itu Komentar amat tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Azmin Ali. Sdr Azmin Ali membicarakan betapa beratnya tugas wakil rakyat pembangkang yang sering diketepikan oleh jentera kerajaan dalam usaha untuk membela rakyat. Mereka sanggup mengenepikan kepentingan rakyat hanya kerana yang datang untuk memohon atau menyalurkan rintihan rakyat datang dari Y.B pembangkang. Mereka sanggup mendiskriminasi rakyat seolah-olah membalas dendam kerana rakyat kawasan tersebut memilih pembangkang sebagai wakil mereka.

 

Satu lagi yang menarik perhatian Komentar ialah sokongan Y.B Sdr Azmin Ali atas setiap perhimpunan aman yang dilaksanakan. Y.B Sdr Azmin Ali mengakui ada antara kepimpinan parti yang tidak setuju dengan perhimpunan aman khususnya Black 14. Mengikut Y.B Azmin perhimpunan aman perlu untuk terus mendesak kerajaan supaya keadilan bukan sahaja terlaksana malah nampak terlaksana. Kesanggupan Y.B Azmin menyatakan sokongan menunjukkan keberanian beliau dalam menyatakan pegangan beliau berhubung dengan gerakan reformasi. Sikap ini memberi semangat baru kepada pendokong reformasi.

 

Sdr Y.B Azmin juga menasihati Bahagian Wangsa Maju untuk terus bergabung dengan bahagiannya memandangkan kawasan Wangsa Maju amat berhampiran dengan Gombak. Beliau meminta Bahagian Wangsa Maju untuk tidak terus melupakan pelupur Bahagian Wangsa Maju sungguhpun AJK sekarang adalah AJK baru. Komentar dimaklumkan bahawa Sdr Azmin tahu perpecahan yang berlaku dalam Wangsa Maju.

 

Komentar terus menyatakan “ SYABAS Y.B AZMIN ALI”

 

Komentar 1