TERIMA KASIH PENGIRIM

LAGI SELISIH FAHAM DAIM DAN MAHATHIR

 

 

Krisis dalaman UMNO memuncak lagi setelah UMNO bergolak dengan kewujudan team semangat 46, team wawasan dalam naib presiden UMNO, team 15 NGO dalam Majlis Tertinggi UMNO, geng rafidah dan geng zaharah dan yang terkini Dr. Mahathir dengan Daim.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Menyorot kepada siri perpecahan di dalam UMNO, umum sudah sedia maklum bahawa terdapat 3 team di dalam UMNO iaitu team anwar, team semangat 46 atau team B dan team Dr. mahathir atau team A. walaupun keadaan di dalam UMNO kelihatan begitu stabil tetapi hakikatnya ketiga-tiga team ini sedang cuba menguatkan kedudukan masing-masing di dalam UMNO.

Sekiranya berlaku kompromi di antara satu sama lain bermakna satu team akan menjadi mangsa.Contohnya sekiranya team B atau Semangat 46 bekerjasama dengan team anwar bermakna team Dr. mahathir akan tersingkir perebutan kuasa untuk menguasai UMNO.

Sehingga kini analisis menunjukkan bahawa team A atau team Dr. Mahathir mengalami kemerosotan sokongan daripada ahli-ahli UMNO setelah ramai kroni-kroninya tewas di dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO termasuklah Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Shahidan Kassim dan Rafidah Aziz sekadar menang jawatan Ketua wanita UMNO dengan 12 undi.

Sekiranya team B atau semangat 46 berkompromi sesama mereka bermakna team A atau team Dr. mahathir akan tersingkir dari perebutan kuasa. Perselisihan faham di antara Dr Mahathir memburukkan lagi keadaan. Tampak menyulitkan apabila Dr. Mahathir berselisih faham dengan Daim berhubung isu penggabungan bank, Pembelian saham Time engineering oleh Singtel, perlantikan jawatan Gabenor Bank Negara yang baru dan isu terbaru mengatakan daim akan meletakkan jawatannya sebagai menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas.Sedikit-sebanyak isu ini telah membuatkan pasaran saham di BSKL menurun kerana Daim begitu berpengaruh di dalam pasaran saham dan boleh memanipulasi harga-harga saham dengan pengaruhnya itu.

Ketiadaan Dr.Mahathir yang kini membuat lawatan ke jepun menyaksikan team B atau Semangat 46 yang diterajui oleh TPM Abdullah Badawi sedang menyerang institusi kehakiman negara. Kritikan Rais Yatim ke atas ketua hakim negara, Tun Eusoff Chin, telah mendapat sokongan daripada pergerakan pemuda UMNO.Lebih memeranjatkan lagi apabila daim juga menyebelahi Rais Yatim mengkritik institusi kehakiman.Apakah team B atau Semangat 46 telah berkompromi dengan team Anwar untuk menjatuhkan team A atau Dr. Mahathir. Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan bahawa berlakunya rasuah yang melibatkan Kerajaan Negeri Melaka juga menunjukkan betapa perang telah dimulakan ke atas penyokong-penyokong Dr Mahathir.Setakat ini team Anwar belum menyebelahi mana-mana pihak.
Namun tidak sukar untuk mengagak ke arah manakah team anwar akan berpihak.

Pembelotan daim, kebencian media terhadap team A atau team Dr. mahathir telah menyulitkan lagi kedudukan team A atau team Dr Mahathir ketika ini. Hanya kepada institusi kehakiman tempat mereka bergantung harap setelah team B atau semangat 46 menguasai institusi polis dan undang-undang negara.

Kemasukan ahli-ahli Keadilan ke dalam UMNO juga menunjukkan pakatan di antara team Anwar dengan team B atau team Semangat 46. Krisis dalaman di dalam UMNO kelihatan agak parah.Apakah yang akan berlaku setelah Dr. Mahathir pulang nanti?

Rakyat memerhatikannya dengan penuh minat. Nampaknya kenyataan yang mengatakan UMNO kini tidak relevan lagi ada benarnya.Masih belum terlewat untuk kita sedar. Fikirkanlah dengan hati yang terbuka. Perjuangan untuk agama, bangsa dan negara buka
n milik UMNO sahaja.