Beberapa hari lalu Komentar telah membongkar tentang pergeseran antara Ketua Pemuda UMNO dan Naibnya Datuk Aziz Sheikh Fadzil. Lapuran Utusan hari ini 7hb Disember 2000 mengesahkan perletakkan jawatan Aziz Sheikh Fadzil.

RUJUK ARTIKEL KOMENTAR TERDAHULU (KLIK SINI)

Apakah sebenarnya berlaku dalam Pergerakan Pemuda UMNO? Mudah,  percakaran dalam Pemuda UMNO adalah kerana mereka berpegang pada satu konsep usang " ada kedudukan ada kuasa, ada kuasa ada wang" . Pergerakan itu setakat ini cuba memperlihatkan bahawa kekalahan di Lunas menyebabkan punca utama Datuk Aziz  meletak jawatan.  Kekalahan di Lunas memang menyebabkan keadaan saling tuduh menuduh tentang siapa yang harus di persalahkan, tetapi ia bukan satu sebab yang konklusif untuk Datuk Aziz meletakkan jawatan. Pergeseran antara  Datuk Aziz Sheikh Fadzir dengan Datuk Hishammuddin wujud semenjak tamatnya pemilihan Pergerakan tersebut. Antara mereka dalam Exco Pemuda memang menolak Hishammuddin yang tidak aggresif dan tidak berwibawa untuk membawa pergerakan tersebut kepada zaman kegemilangan mereka sewaktu diterajui oleh Sdr Anwar Ibrahim. Pergerakan tersebut hambar dan boleh diibaratkan sebagai hilang taring. Keadaan ini telah menimbulkan kegelisahan Datuk Hishammuddin khususnya kepada Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang dikatakan lebih lantang. Pergolakan ini akan berterusan sehingga beberapa kompromi di jangka akan di lakukan pada mesyuarat Pemuda UMNO kelak.

Komentar dalam melihat situasi ini merasakan bahawa perletakan jawatan Datuk Aziz Sheikh Fadzir serta Setiausaha Politik dan Sulit Datuk Hishammuddin hanya menunjukkan bahawa BUKAN LUNAS menjadi penyebab tetapi keretakan dalam pergerakan pemuda semakin terserlah.

Sungguhpun Komentar percaya Datuk Aziz akan menarik balik perletakan jawatan tersebut tetapi ini tidak meredakan pergeseran yang sedia ada.

Komentar