KOMENTAR

Salam Reformasi

19.12.2000

 

MANA PERGINYA DATUK AZIZ SHEIKH FADZIL ?

 

Dilema Datuk Aziz Sheikh Fadzil membuat PM pening. Demikian tulisan Ketua Penerangan keADILan Sdr Hj Ruslan Kassim dalam Berita keADILan keluaran bulan Disember 2000. Menurut Hj Ruslan Kassim tindakan Datuk Aziz Sheikh Fadzil yang berani mengkritik kepimpinan UMNO tidak akan di sukai oleh Dr Mahathir. Ramai antara mereka yang dalam UMNO yang mengkritik Mahathir akhirnya tersingkir dengan mengambil contoh mudah ialah seperti Sdr Anwar Ibrahim. Hj Ruslan Kassim yang menganggap Datuk Aziz Sheikh Fadzil sebagai orang yang berwibawa dan paling tepat untuk duduk di kerusi Ketua Pemuda UMNO. Aziz menurut beliau berani untuk berdebat dengan YB Sdr Mahfuz berlawanan dengan sikap Hishammuddin Hussien. Hj Ruslan Kassim dalam tulisannya menyifatkan Datuk Aziz Sheikh Fadzil sebagai antara yang lantang mengkritik kepimpinan UMNO sungguhpun padanya Aziz berada di kem yang salah.

 

Sungguhpun begitu "DIMANAKAH DATUK AZIZ SHEIKH FADZIL". Beliau setelah di hentam hebat akibat kekalahan Lunas lantas meletak jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda. Beliau bangkit dan mengkritik hebat kepimpinan veteran UMNO dan ini jelas tersiar dalam wawancara khas Mingguan Malaysia bersama Datuk Aziz. Namun kini beliau senyap dan sunyi.

 

Apakah  beliau turut termusnah dalam percaturan politik UMNO. Benarkah beliau menghilang diri akibat kekecewaan melihat UMNO yang kian lama kian terpinggir.

 

Apa sudahnya Dato Aziz Sheikh Fadzil ?

 

Komentar :- hantarkan pendapat anda pada hh_98@hotmail.com