KOMENTAR

 

 

5hb Ogos 2000

Salam Reformasi

 

AZIZ SHEIKH FADZIL (NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA) DISELAR OLEH TAN SRI MUSA HITAM

 

Tindakan Aziz Sheikh Fadzil yang mengatakan bahawa Tan Sri Musa Hitam mempunyai niat tersendiri dalam politik dengan menggunakan platform SUHAKAM hanya menunjukkan betapa ceteknya pemikiran Datuk Aziz Sheikh Fadzil dalam menilai tindakan Tan Sri Musa Hitam yang mencadangkan agar kebebasan berhimpun dibenarkan. Aziz Sheikh Fadzil seorang tokoh koprat dan politik pernah dikaitkan dengan isu mengaut keuntungan dari hak orang dalam SYARIKAT SAFEGUARD dan yang terbaru adalah isu ASEANIA RESORT yang mahu diperuntukkan kepada keluarganya, kini membidas tindakan membiarkan kita berhimpun adalah seperti membiarkan kanak-kanak bermain pisau. Naib Ketua Pemuda UMNO ini tidak peka kepada senario semasa kerana terlampau angguh dengan kejayaan perniagaannya lantas memanafaatkan hubungan koprat untuk kejayaan politik dan sebaliknya. Sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Aziz sepatutnya mengkaji dahulu kenyataan SUHAKAM dan mengambil initiatif berjumpa untuk bertanyakan sebab musabab SUHAKAN menyokong  perhimpunan 4 Ogos 2000 . Ini tidak, beliau dengan lantang menuduh Tan Sri Musa Hitam sebagai mahukan populariti dengan mengunakan platform SUHAKAM. Komentar berbangga dengan kenyataan Tan Sri Musa yang sanggup berdepan dengan Aziz Sheikh Fadzil bagi membicarakan isu ini. Yang jelas Tan Sri Musa Hitam tidak pula menyatakan bahawa politik Aziz Sheikh Fadzil hanya sebagai politik hingusan berbanding dengan Tan Sri Musa Hitam.

Aziz Sheikh Fadzil seharusnya sedar bahawa rakyat Malaysia sudah matang. Rakyat Malaysia tahu akan kebenaran dan kemungkaran.

Komentar cadangkan Aziz Sheikh Fadzil hentikan kritikan yang hanya memalukan diri sendiri.

 

KOMENTAR