Oleh Pena Suasa

 

EKSKLUSIF! Aziz Shamsuddin Kahwin

 

JIKA sesiapa membaca tulisan saya yang tersiar di semua laman pro reformasi bertarikh 23 Ogos 2000 bertajuk TUGAS AZIZ SHAMSUDDIN dan satu lagi tulisan bertarikh 5 Ogos 2000 bertajuk ANGGOTA KONSPIRATOR DAPAT GANJARAN terbukti benar.

Jika Perdana Menteri menuduh laman-laman pro reformasi sebagai laman fitnah, bermakna dia benar-benar bercelaru, keliru dan nyanyok.

Dalam tulisan itu saya menulis Aziz kaki perempuan dan ada skandal dengan isteri orang. Kini sudah sah, Aziz mengesahkan hubungan itu dengan menikahi bekas isteri orang itu. Cukup lama hubungan ini dari dia isteri orang hinggalah mereka bercerai. Dari Aziz suami orang, hinggalah menjadi duda.

Aziz Shamsuddin berkahwin dengan ‘isteri orang’ yang sama nama dengan nama Allahyarham isterinya pada Jumaat 25 Ogos 2000 lalu. Selamat pengantin baru. Bertambah seorang lagi pemimpin Umno, berkahwin dengan ‘merampas’ isteri orang. Ia bermula dari Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika mengahwini Rosmah Mansor.

Diikuti Tun Ghafar Baba berkahwin dengan D. Heryati, wanita Sabah yang kini masih kekal menjadi isterinya.

Begitu juga dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkahwin dengan seorang doktor gigi juga isteri orang.

Kini, Aziz yang pernah diserang di pejabat Setiausaha Politik (ketika dia menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri) sudah bernikah dengan Asmah, wanita yang dia belikan sebuah rumah dengan bayaran tunai di Bandar Tasik Selatan. Isteri baru Aziz ini dahulu tinggal di flet kos rendah di Sentul dan kemudiannya sejak berkasih dengan Aziz, berpindah dengan rumah baru yang dibelikan oleh Aziz. Kalau Aziz mengunjunginya, Aziz tidak menggunakan kereta Setiausaha Politik (ketika itu Volvo 940) sebaliknya menggunakan kereta lain.

Perdana Menteri tahu kisah Aziz dan Asmah diserang oleh suami Asmah. Tetapi disebabkan Aziz ini pandai buat kerja karut marut, Perdana Menteri simpan dia hingga dilantik menjadi Timbalan Menteri.

Sebagai hadiah kepada tugas menjatuhkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kini Aziz sudah bersiap-siap untuk dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri.

Berapa jumlah hantaran Aziz kepada wanita ini tidak diketahui tetapi khabarnya cukup besar kerana wang baki dari menyelesaikan tebusan di Pulau Jolo dahulu. Baguslah Aziz, semoga berbahagia. Tapi ingat, kerja-kerja jahat saudara akan terbalas di dunia juga.

Sekembalinya Perdana Menteri dari Chicago, dia akan mengumumkan rombakan kabinet. Khabarnya Tun Daim Zainuddin akan berundur. Tempatnya sebagai Menteri Kewangan akan diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas akan diserahkan kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim akan diumumkan sebagai Menteri Hal Ehwal Undang-undang.

Aziz dikatakan merayu kepada Perdana Menteri supaya memindahkannya dari Kementerian Pendidikan. Dia tidak mendapat kerjasama dari mahasiswa universiti, guru-guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan. Dia tidak akan menjamah makanan yang dihidangkan kepadanya disetiap majlis yang dihadirinya. Mesti ada orang yang ‘menjamah’ terlebih dahulu makanan yang mahu dihidangkan kepadanya kerana dia mengesyaki makanan itu ‘dibubuh racun’ oleh orang-orang yang tidak bersetuju dengannya. Ini nasihat bomoh kepadanya dan dia menjadi ‘fobia’ setiap kali menghadiri majlis.

Bila dia menjadi Menteri Dalam Negeri nanti, anggota polis akan menjadi ‘mangsa’ untuk makan dahulu makanan yang dihidangkan kepadanya. Kalau mati, yang mati ialah anggota polis dan dia akan terus hidup.

Aziz, menerima habuan dan ganjaran hingga dilantik menjadi Menteri penuh. Kementerian yang dia duduki ialah kementerian yang berkuasa mengawal media massa dan kementerian yang cukup berkuasa untuk memperalatkan polis.

 

habis