KOMENTAR

 

Salam Reformasi

19.01.2001

 

 

MT BARU UMNO, AZIMI DAIM DI SOGOK DENGAN JAWATAN DAN KUASA

 

 

Siapa bilang UMNO boleh berubah. Siapa kata kemasukkan muka-muka baru MT dari golongan muda dapat membersihkan imej UMNO dan menarik minat golongan muda kepada UMNO. Mungkin ianya cita~cita yang lebih bercorak imaginasi dari realiti. Kenaikan muka baru dalam UMNO akan hanya membenarkan mereka di sogok lantas terus berbudayakan UMNO yang berlunaskan Mahathir. Mereka akan terus lemas dalam politik tersendiri dan bukan berpolitik untuk menentukan hasrat nusa bangsa tercapai dan terjamin.

 

Azimi Daim antara MT lantikkan yang wujud dalam senario politik UMNO. Ramai golongan UMNO menganggap ini sebagai satu perubahan  Mahathir untuk memulihkan imej UMNO yang kian lama kian berdebu dan usang. Malang perlantikkan ini kemudiannya melemaskan anak muda tersebut lantas ia terus berbudayakan Mahathirisma. Komentar turut dimaklumkan kini ramai Pemuda UMNO gelisah melihat kebangkitan MT tersebut yang bukan gah berusaha untuk menarik minat golongan muda kepada UMNO tetapi gah dengan memegang senarai jawatan yang semakin panjang. Bayangkan Azimi Daim kini memegang hampir 5 jawatan dalam parti. Bukankah ini gelojoh namanya.

 

Azimi Daim dilapurkan memegang jawatan berikut :

 

  • Ahli MAjlis Tertinggi UMNO

  • Setiausaha Politik kepada Datuk Hishammuddin (sudah memulakan tugas walau belum di lantik secara formal.

  • Exco Pemuda Malaysia

  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia

  • Ketua Pemuda Bahagian.

Melihat senarai tersebut Azimi Daim hanya mampu berpolitik dalam dunia politik tetapi kesuntukkan masa untuk mendamping rakyat.

 

Jawatan ini semestilah menjana kuasa bagi beliau dan dengan kuasa itulah beliau akan dilemaskan sehingga menuruti budaya UMNO yang semakin usang. Umno masih tidak berubah. 

Inilah budaya UMNO dan budaya inilah suatu masa dahulu menjadi pegangan dokongan kita sebagai rakyat Malaysia. Apabila muncul suara-suara menolak budaya ini mereka terus berusaha mengekalkannya. Sekarang suara menolak mereka semakin lantang. Pemuda seperti Azimi Daim terus berbudayakan sistem lama di alaf baru ini. Sungguhpun beliau tahu kemampuan khusus tidak akan dapat di beri kerana memegang banyak potfolio tetapi masih bergayut kerana mahu terus memegang kuasa. Apakah ini budaya yang sudah sebati lalu tidak akan dapat dikikis lagi?

 

Rakyat akan terus menentukan.

 

Komentar