Salam Reformasi
08-03-2001

AWAS PENGENDALI LAMAN WEB

Tindakan polis merampas CPU pengendali Laman Web "Free Anwar Campaign" hanya membayangkan satu perkara sahaja bagi pengendali laman web reformasi. AWAS, itu mungkin satu "signal" bagi kita untuk terus berwaspada akan tekanan yang bakal dikenakan keatas kita.

Lapuran Polis yang dibuat oleh Zulkifli Alwi juga memungkinkan kita diburu oleh polis yang hanya membuat tahanan dan penyiasatan terpilih.

Saya selaku pengendali laman web yang telah beroperasi hampir 2 1/2 tahun (dari 30 September 1998) merasakan senario lapuran polis ini dan perampasan CPU pengendali laman web Free Anwar mempunyai pertalian dengan opps baru yang akan dilancarkan oleh mereka. Opps tersebut mungkin bagi menangkap semua pengurus laman yang berorentasikan pro reformasi

Saya percaya kita selaku web master harus mengambil initiatif untuk berjaga-jaga dengan langkah terbaru polis Dr Mahathir.

Pesanan untuk Zulkifli Alwi :

Pengecut adalah mereka yang berani mencabar dan menyorok di belakang kekuasaan/pemerintahan kuku besi negara ini. Menyorok di belakang sistem polis yang jelas di pegang oleh pemerintah dan sistem kehakiman yang rakus di kongkong oleh pemerintah.

Pengecut adalah orang seperti kamu yang tahu akan kemungkaran Dr Mahathir tetapi duduk bersenkongkol kerana takut perut kamu tidak terisi dan bertuhankan manusia kejam dalam memberi rezeki.

Pengecut adalah orang seperti kamu yang tidak mahu membela keadilan malah bersekedudukan dengan kezaliman.

 

Komentar