AWAS ANAK-ANAK NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU
Umno Watch
31-07-2001

Saya tertarik lagi melihat satu posting oleh Ahmad Isamuddin di Laman Umno-Reform.Com yang mengatakan bahawa Biro Pendidikan Pemuda Dr Adham Baba sudah mengatakan bahawa meritokrasi kemasukan Universiti yang dicadangkan oleh Dr Mahathir boleh dilaksanakan keatas melayu khususnya kepada pelajar-pelajar negeri Kelantan dan Terengganu yang dikatakan mendapat keistimewaan kemasukan ke Universiti.

Persoalan ini di kemukakan di laman web tersebut mempunyai asas kebenarannya. Mungkin ini satu perencanaan mereka, mula-mula kononnya mahu melaksanakan secara terbuka yakni menghilangkan kuota Melayu dan kemudiannya akan meneliti semula lantas menghadkan kepada Melayu sahaja lalu mendiskriminasikan pelajar-pelajar Negeri Kelantan dan Terengganu kerana mereka dibawah kerajaan PAS.

Bukankah ini satu perencanaan keji mereka.Kita dalam mengkaji lagi posting-posting dalam laman Umno tersebut kita dapat melihat dan mengagak bahawa kebanyakkan kepimpinan tertinggi masih senyap mengenai isu penghapusan kuota kemasukan universiti tersebut. Dalam pada itu juga kita lihat kenyataan Dato Hishammuddin dan Dr Adham Baba berbeza dalam membicarakan meritokrasi. Hishammuddin mengatakan meritokrasi melibatkan penghapusan kuota dan Dr Adham Baba mengatakan hasrat sebenar Dr Mahathir ialah bagi memeritkan Melayu dalam ukuran Melayu sendiri.

Apakah sebenarnya mainan mereka. Umno Watch melihat bahawa kenyataan umno-reform.com adalah kenyataan sendiri oleh kepimpinan tertinggi UMNO yang masih bersembunyi di balik tabir internet. Mereka tidak bersetuju dengan Dr Mahahtir.

Kami juga mengkaji tulisan dari Laman Komentar yang membicarakan bahawa isu kuota universiti ini telah di panjatkan oleh Gerakan untuk di laksanakan dalam sistem ekonomi. Suara-suara ini sudah mula kedengaran dan ini ulas oleh Komentar sebagai mencabuli motto UMNO yang kononnya sebagai parti yang memperjuangkan ketuanan melayu tetapi sebaliknya menderhakai perjuangan melayu.

Apakah arah tuju ini sebenarnya adalah rasuah politik Mahathir kepada Kaum Cina? Apakah ini bagi melunaskan tuntutan Suqiu dan mungkin teknik terbaru UMNO untuk mengaut sokongan bagi Barisan Nasional memandangkan UMNO sudah tidak relevan dan tidak di terima kaum Melayu.

UMNO WATCH MELAPURKAN BUAT LAMAN REFORMASI MAHAZALIM