KOMENTAR

 

28.08.2000

SALAM REFORMASI

 

AWAS PENYELUDUPAN MASUK UMNO KE DALAM INTENET

 

Komentar dan rakan-rakan Laman Web Reformasi pernah dituduh oleh beberapa pihak sebagai Laman-laman yang telah terpesung dan telah dibeli. Sungguhpun begitu tidak terdapat sedikit pun tanda-tanda Laman-laman yang terlibat di tuduh sudah menyeleweng dari perjuangan. Komentar dan rakan lain masih tetap menuntut REFORMASI dan tidak sedikit pun membenarkan anasir-anasir luar menyeludup masuk mempengaruhi kami. Kami bebas dari cengkaman mana-mana pihak tetapi tertakluk kepada Landasan Tuntutan Reformasi. Sungguhpun begitu kebijaksanaan pembacalah yang akan menilai samada kami khususnya Laman Reformasi (Mahazalim), Laman Komentar, Laman Pemantau dan Black 14 telah terpesong dari perjuangan asal. Rakyat (pembaca) menjadi HAKIM kami.

 

Sungguhpun begitu andai ada sesuatu kritikan yang kami beri ia bertujuan hanyalah bagi meningkatkan kemantapan kita dan bertindak atas dasar sayang kita kepada perjuangan ini. Kita tidak mahu ISU ANWAR IBRAHIM dijadikan bahan sejarah yang menyelar perjuangan kita. Kita mahu ISU ANWAR IBRAHIM di baca sebagai isu kebangkitan rakyat menuntut REFORMASI.

 

Jesteru itu kami bertungkus lumus memberi sedikit bakti melalui laman-laman kami untuk memperjuangkan tuntutan REFORMASI. Doa dan harapan kami adalah hanya kepada terpeliharanya keadilan dan terhapusnya kezaliman. Malang usaha ini sering di cabar oleh beberapa pihak yang cuba mematahkan semangat juang kita. Malangnya terdapat usaha-usaha bukan hanya dari luar tetapi dari dalam untuk membantutkan perjuangan ini.

 

KITA PERLU SEDAR strategi UMNO dengan segala kekayaannya mampu menjatuhkan kita yang lemah dan luntur sudah semangat juangnya. Strategi ini perlu ditangani dengan menaikkan kembali semangat juang kita agar kita mampu mengalahkan mereka yang bersenkongkol dengan kezaliman khususnya bernoda dengan dosa fitnah.

 

Sdr Rakan PERJUANGAN,

 

Sungguhpun agar terbatas Komentar kali ini untuk berkata-kata kerana kekurangan bukti yang yang kukuh tetapi Komentar telah menerima berita yang amat menggerunkan. Berita ini mengariskan bahawa telah ada usaha Laman Media Internet (BUKAN DARI KALANGAN LAMAN PRO REFORMASI)  yang mencuba untuk menarik perhatian (khususnya Melayu) bagi menyertai isu kebangkitan melayu bagi menenggelamkan isu kezaliman dan ketidakadilan. Mereka berusaha untuk menarik perhatian kita kepada “survival melayu” dengan mengemukakan alasan bahawa ketuanan melayu  di cabar  oleh kaum cina. “DIVERTING” ini sengaja dibuat bagi kita melupakan isu Anwar Ibrahim dan mengalih pandangan kita kepada isu melayu dan cina. Isu perkauman ini dijangka kononya dapat menenggelamkan isu REFORMASI.

 

KOMENTAR meminta agar sdr-sdr selaku pembaca dengan kebijaksanaan tersendiri menilai berita-berita dari laman-laman yang ada dan popular ini. Sekiranya ternampak usaha membawa kepada tumpuan isu melayu maka fikirkan kebenaran yang KOMENTAR bawa ini.

 

Strategi Laman ini jelas, mereka turut mengembar gemburkan isu melayu, soal penglibatan Pemuda UMNO dalam demonstrasi hak keistimewaan melayu, soal kepentingan melayu bersatu demi menjaga ketuanan melayu dan sebagainya. Mereka jelas meminggirkan isu kezaliman keatas Sdr Anwar dan isu berkaitan dengan REFORMASI. Isu REFORMASI mahu dipadamkan dan cara terbaik ialah mengalih fokus melayu dari isu REFORMASI kepada isu Melayu.

 

AWAS, KOMENTAR tidak teragak-agak kelak menentang Laman tersebut andai perkara ini berterusan. Komentar BERJANJI akan terus meneliti peralihan laman tersebut kepada Laman yang berstrategi bagi menyatukan melayu dengan mengorbankan isu kezaliman dan ketidakadilan. Laman yang berstrategi bagi menyatukan melayu dengan mengorbankan tuntutan pembersihan kronisma, nepotisma dan korupi harus dihindari.

 

SDR PEMBACA NILAIKANLAH

 

KOMENTAR