AWAS: Perompak No. 1 & 2 Negara Bersandiwara
Oleh: Awang Siber


Dalam keghairahan media perdana menaikkan semangat Melayu untuk memartabatkan kuasa Dr. Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri untuk menghancurkan bangsa Melayu di Tanahairnya sendiri sekali lagi orang Melayu dialongkan dengan sandiwara baru melalui GPMS pimpinan Suhaimi Ibrahim. Tajuknya tuntutan 100 perkara GPMS.

Tuntutan Siqui bukan masaalah besar bagi Dr. Mahathir. Dia  berkuasa sekarang ini. Apa yang ditakutkan dengan tuntutan Siqui ini? Bila-bila masa boleh dibawa kemeja rundingan sepertimana yang berlaku sebelum pilihanraya yang lalu. Malah Mahathir setuju dengan semua tuntutan Siqui ini. Mengapa isu ini ditimbulkan semula? Ia tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengalih pandangan rakyat dari tindakan rompakan beliau bersama Daim telah, sedang dan akan lakukan. Rompakan untuk menghancurkan ekonomi orang Melayu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kita.

Sedang orang Melayu diasyikkan dengan isu tuntutan Siqui yang disandiwarakan, satu demi satu rompakan sedang dilakukan oleh Mahathir dan Daim untuk kepentingan peribadi dan keluarga mereka.

Pertama: Mempergunakan Danamodal untuk membeli MBF Finance dan kemudian menjualnya kepada anak syarikat Malaysia Plantation Berhad (MPlant) iaitu Multi Purpose Bank dengan harga separuh daripada harga yang dibeli oleh Danamodal yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM 480 juta kepada Danamodal. Danamodal ialah sebuah Badan dibawah kuasa Menteri Kewangan.

Kedua: Daim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk meluluskan penjualan Bolton Finance dan International Bank of Malaysia yang dimiliki beliau kepada Multi-Purpose Bank melalui "share swap" (MPlant) yang mengakibat Daim sekeluarga menguasai (MPlant) ( SILA BACA TEKS  UCAPAN YB. ABD RAHMAN YUSOF -MP KEMAMAN DAN YB HUSAM MUSA- YB KUBANG KERIAN) untuk mengetahui  transaksi sepenuhnya.

Ketiga : Putrajaya menganugerahkan kontrak bernilai RM 3 billion kepada (MPlant) untuk fasal pertama pembangunan Putrajaya. Jumlah peruntukkan untuk pembangunan Putrajaya ialah RM 22 billion.  

Keempat: Khazanah Holdings dibawah kuasa Menteri Kewangan membeli saham Malaysia Airline yang bernilai RM 3.80 sesaham di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan harga RM 8.00  sesaham.... harga lebih sekali ganda dari harga pasaran. Khazanah kerugian RM 1 billion dari transaksi ini

Kelima:  Menggunakan wang Petronas sebanyak RM 2 billion untuk membeli saham Proton dengan harga yang amat mencurigakan

Keenam: Membenarkan Halim Saad menangguh pembayaran pembelian saham Renong akibat daripada put-option yang terpaksa ditunaikan oleh beliau. Dimana Halim Saad selaku proksi Daim akan mengambil wang yang begitu banyak untuk membuat pembayaran2 tersebut yang bernilai RM 5 billion???

Ketujuh: Menggunakan Danaharta untuk menyelamatkan Halim Saad dari diambil tindakan bankrupsi oleh 4 buah bank tempatan yang sebahagian dimiliki oleh kerajaan Malaysia akibat dari kerugian pelaburan syarikat Hottick yang kerugian dalam pelaburan dalam syarikat Philippine National Steel Corp.sebanyak RM 3.2 billion. 4 buah bank (Mayban, RHB Bank, Bank Bumiputra dan Bank Of Commerce) ini terpaksa menanggung kerugian ini yang setengah dimiliki oleh kerajaan dan rakyat Malaysia!!!!!.

Ini tidak termasuk menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan Mirzan dan Konsotium Perkapalan bernilai RM 1.7 billion dan banyak lagi sehingga  institusi yang sepatutnya mempertahankan orang Melayu seperti Bank Bumiputera, Mara, Petronas, EPF dan sebagainya hancur lebur dibuat oleh Mahathir dan Daim ini.

Kalau disenaraikan satu persatu mungkin saudara-saudara akan naik darah tinggi atau lemah jantung.  Disini saya ingin memuji YB Ahli Parlimen Kemaman dan YB Ahli Parlimen Kubang Kerian kerana keberanian mereka menghujah dengan tepat fakta-fakta penyelewengan yang berleluasa sekarang ini didalam parlimen.

Apakah Mahathir Pejuang Bangsa Melayu????? Apakah Mahathir menangis mengenang nasib Bangsa Melayu???? Apakah orang Melayu boleh mengharapkan Mahathir mengolah polisi untuk kepentingan Bangsa Melayu????

Orang Melayu jelas ditipu oleh Mahathir kononnya beliau sebagai wira mereka. Lee Kuan Yew sebagai musuh utama orang Melayu mengakui sendiri bahawa Mahathir  lebih mudah dibuat kira-kira dari Tengku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Apakah maksud tersirat Lee Kuan Yew??? Beliau ingin memberi isyarat bahawa sebenarnya Mahathir berada dalam poket beliau. Terlalu banyak transaksi yang dilakukan oleh Mahathir dan Daim di Singapura  sehingga Lee Kuan Yew tidak menghormati mereka berdua lagi. 

Suhaimi Ibrahim..... jangan terlalu desperate untuk membuat 'political comeback' dengan mengangkat semula Mahathir sedang saudara beria-ia benar hendak Tengku Razaleigh melawan mamak terkutuk itu dalam perhimpunan UMNO yang lalu.

Orang Melayu jangan terperangkap sekali lagi dengan sandiwara Mahathir. Dia boleh menangis, merayu, menipu, memfitnah, merompak dan sebagainya. Yang penting bagi Mahathir harta kekayaan negara dipunggah untuk keluarga beliau dan Daim dan membiarkan orang Melayu papa kedana.....

Jangan tertipu dengan panggilan untuk berhimpun untuk menuntut hak istimewa orang Melayu. Apa yang nak dituntut sedang orang yang sedang berkuasa iaitu Mahathir sendiri tidak memberinya. Siqui tidak ada apa-apa kuasa untuk memberi hak istimewa orang Melayu.

Jangan persalahkan Siqui kerana tuntutan mereka tidak ada kena mengena dengan penghapusan hak istimewa orang Melayu dan Islam. Orang yang sepatutnya dipersalahkan ialah Mahathir!!!! Dia berkuasa sudah hampir 20 tahun... apa yang dibuatnya untuk agenda Bangsa Melayu...

Disini sekali lagi saya menyeru supaya orang Melayu tidak terperangkap oleh kelicikkan mainan politik Mahathir dan Daim untuk menghancurkan bangsa Melayu!!!!

Selamat Hari Raya
Maaf Dzahir Batin

Dari: Awang Siber