Toloooong!! Permodalan Nasional Kena Rompak!!

Oleh: Awang Siber

Tidak cukup dengan rompakan di Petronas, KWSP, Tabong Haji, Khazanah Holdings, Danaharta, Danamodal, Bank Bumiputera, Bank-bank dan institusi kewangan yang lainnya sekarang perompak-perompak bertopeng kepimpinan negara merompak pula Permodalan Nasional Berhad melalui anak syarikat PNB iaitu Permodalan Usahawan Nasional Berhad.

PNB sebuah institusi yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan pelaburan Bumiputera tidak dikecualikan dari rompakan nekad mereka. Permodalan Usahawan Nasional Berhad(PUNB) anak syarikat PNB yang diamanahkan untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera menceburi perniagaan melalui venture-capital telah digunakan untuk melaksanakan rompakan mereka. Awang Siber pada mulanya menunggu juga pendedahan media-media perdana institusi mana yang terlibat dalam pengeluaran bon tetapi harapan tersebut meleset sama sekali. Maka terpaksalah Awang Siber mendedahkan dalam media internet ini untuk pengetahuan umum.

PUNB telah mengeluarkan Bon bernilai US$5.0 Billion bersamaan RM19.8 Billion dengan jaminan kerajaan.Bon ini dikeluarkan pada 3hb. September 2000 hari-hari akhir Tan Sri Abu Hassan Sulaiman menjadi Gabenor Bank Negara. Persoalannya siapa yang bertanggongjawab dan bagaimana wang sebanyak ini digunakan. Oleh kerana wang yang terlibat begitu besar dan memerlukan pelbagai kelulusan kerajaan maka mereka-mereka ini tidak boleh lari dari tanggongjawab dalam skandal ini.

1) Perdana Menteri- Mahathir Mohammad 2) Menteri Kewangan - Daim Zainuddin 3) Gabenor Bank Negara (Ketika itu) - Tan Sri Abu Hassan Sulaiman 4) Pengerusi PUNB - Desa Pachi (Kroni Mahathir dan Daim) 5) Pengerusi PNB - Ahmad Sarji

Sebenarnya wang ini digunakan untuk membeli saham-saham syarikat-syarikat kepunyaan Daim dan Mahathir serta kuncu-kuncu mereka sebelum mereka cabut lari dari negara kerana mereka tidak boleh bertahan lagi untuk terus berkuasa. Kebanyakan wang ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat dalam kumpulan Renong dan United Engineers. Saya juga akan mendedahkan dokumen bon tersebut untuk perhatian anda semua.

Sila klik untuk imej yang lebih jelas Perompak-perompak ini akan merompak segala kekayaan negara selagi mereka berkuasa dan terus cabut lari apabila tumbang nanti dengan segala kekayaan berpindah ke luar negara dan membiarkan negara dan bangsa kita porak peranda.

Ingat........ apa-apa sokongan yang diberikan kepada mereka atau penyokong mereka termasok Dollah Badawi bermakna kita juga bersubahat untuk menghancurkan negara dan Bangsa kita.

Ayoh bersatu menentang kezaliman, penyalahgunaan kuasa, rasuah, dan penyelewangan yang tidak boleh dibendung lagi. Banyak lagi rompakan akan dilakukan yang InsyaAllah akan didedahkan dari masa ke masa. Sekian. Berjumpa lagi diruangan yang lain.....

Salam Perjuangan dari Awang Siber

awangsiber@hotmail.com