Awang Siber: Mahathir Bersedia Untuk Lari?

Kalau kita amati kemarahan Mahathir berhubung tindakan Amerika membawa Presiden Panama Noriego Ortega ke muka pengadilan di Amerika pada suatu ketika dahulu, maka kita mesti memahami ketakutan beliau bahawa tindakan yang sama mungkin akan berlaku terhadap beliau apabila hilang kuasa satu hari nanti. Beliau cukup takut diseret kemuka pengadilan kerana tindakan kezaliman dan kekejaman yang beliau lakukan terhadap Ugama, rakyat dan negara selama ini. Beliau sedar bahawa satu hari nanti rakyat akan mengetahui siapa Mahathir sebenarnya dan apa tindakan zalim yang beliau lakukan selama ini untuk menghancurkan bangsa Melayu dan Agama Islam. InsyaAllah saya akan dedahkan apabila tiba masanya. 

Berbalik kepada ketakutan Mahathir dibawa kemuka pengadilan, sebenarnya beliau sedar bahawa riwayat kuasanya sudah sampai ke garisan penamat. Sandiwara perpaduan Melayu hanya dilakonkan untuk memanjangkan sedikit riwayat kuasanya. Sekiranya berjaya beliau akan menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk mengganas semula terhadap musuh beliau.

Mana logiknya seorang angkuh yang sedang berkuasa boleh tunduk dan meminta pertolongan dari musuh politiknya berbincang mengenai perpaduan Melayu melainkan beliau sedar bahawa kedudukan beliau dalam keadaan nazak. Mahathir terkenal dengan tindakan rakus dan jahatnya kepada mana-mana musuh beliau baik politik, peribadi,  perniagaan dan diplomatik dan tidak sekali-kali berlembut dengan mereka. Hanya yang beliau tahu memberi ubat yang cukup pahit kepada musuh beliau supaya tunduk kepada kemahuan beliau.

Oleh kerana beliau dalam keadaan nazak beliau tidak berupaya lagi melawan arus kebangkitan Barisan Alternatif dan sekarang sedang mengemis untuk dipanjangkan riwayat pemerintahan beliau. Beliau sedar bahawa pendukung Barisan Alternatif bersedia menghadapi apa saja cabaran dan meneruskan perjuangan dalam apa keadaan sekali pun dan rakyat bersama mereka.

Sekiranya beliau berjaya menjinakkan pimpinan Barisan Alternatif dan memberi ruang kepada beliau untuk terus berkuasa maka orang pertama yang akan dizalimi beliau ialah pimpinan Barisan Alternatif itu sendiri tanpa belas kasihan. Saya harap pimpinan Barisan Alternatif tidak terperangkap dengan tipu muslihat Mahathir dan UMNO ini.

Mahathir sudah bersiap sedia untuk lari. Dua negara menjadi pilihan beliau ialah Myammar dan Cuba. Mengapa? Ini ialah kerana kedua negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara kita. Kita tidak boleh membawa balik mana-mana rakyat kita yang berlindung di negara tersebut. Lagi pun negara tersebut diperintah oleh diktator-diktator zalim yang cukup sesuai dengan keperibadian Mahathir sendiri. Kekerapan beliau melawat ke dua-dua buah negara tersebut tidak lain tidak bukan ialah untuk membuat persiapan melarikan diri apabila tiba masanya.....

Ayoh!!! Para Pendokong Reformasi dan Barisan Alternatif.... Kita diambang kemenangan

Teruskan perjuangan .....

Jangan masok perangkap Mahathir dan UMNO...

Rakyat semua kaum bersama kita sekarang....

ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!

Salam perjuangan dari : Awang Siber