KOMENTAR

 

25.07.2000

 

SALAM REFORMASI,

 

MAHATHIR MINTA SIMPATI

 

Mahathir semakin tersepit. Laungan Mahathir bukan sahaja menjadi satu kebencian kepada pendokong reformasi malah UMNO sendiri. Pendokong UMNO peringat akar umbi juga kini telah menyuarakan kebosanan mereka terhadap Mahathir. Ini hanya sandiwara Sauk, yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak hanya menunjukkan ketidak percayaan rakyat terhadap Mahathir. Apa sahaja yang Mahathir buat tidak menyenangkan ahli-ahli UMNO sendiri. Kepimpinan UMNO lain perlu sedar bahawa matinya UMNO kelak adalah kerana hilangnya kepercayaan orang terhadap Mahathir dan hasil perlakuan Mahathir. Belum ada lagi dalam sejarah Malaysia rakyat mengelarkan kepimpinannya tertingginya sebagai MAHAZALIM,MAHAFIRAUN atau MAHAKEJAM. Mahathirlah satu-satunya individu yang telah dilebel sebegitu buruk. Sekarang jelas Mahathir sedang merayu :

 

PERCAYALAH AKU, PERCAYALAH AKU

 

Namum rayuannya kini jauh sayup didengari. Mahathir tidak lagi relevant. Tahun ini adalah tahun akhir Mahthir dan tahun ini akan jadi tahun akhirnya kegemilangan empayarnya. UMNO kini rancak menjalankan aktiviti penerangan sungguhpun keberkesanan penerangannya tidak akan ada selagi kekejaman atas Sdr Anwar Ibrahim tidak di bela. Apa sahaja perlakukan Mahathir kini diragui. Rakyat baik dari UMNO mahupun dari kalangan kepimpinan parti UMNO kini menolak UMNO. Mahathir kini terdesak. Komentar dimaklumkan bahawa Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO sendiri setakat ini hanya berpura-pura menyebelahi Mahathir. Hakikatnya mereka bosan. Mahathir sepatutnya sedar kejahatannya kini telah terbongkar.

 

Undurlah Mahathir