KOMENTAR

Komentar 1

22.05.2000

 

Merujuk kenyataan Web Master Asal Mahazalim.

 

Sebelum memulakan ulasan mengenai perutusan Web Master Asal Mahazalim ( yang terdapat dalam Laman Mahazalim) , Komentar ingin mengucapkan kepada beliau “Selamat Kembali ke Pesada Siber”, bagi sama-sama menumpukan perhatian bagi menentukan agenda perjuangan kita terlaksanakan. Komentar begitu tertarik akan kehadiran sdr kita ini yang sekian lama menghilangkan diri dari dunia siber sungguhpun kami percaya perjuangannya tidak pernah luntur. Laman Mahazalim merupakan satu laman yang kekal memperjuangkan agenda reformasi. Kehebatan penerimaan Laman ini tidak dapat dinafikan. Laman ini telah memainkan peranan utama dalam menjadi media informasi bersama-sama laman lain walaupun Laman ini terus bergerak tanpa mengira penat lelah.

 

Sungguhpun begitu Komentar tertarik dengan beberapa kenyataan yang terdapat dalam Perutusan Web Master tersebut. Apakah kehadiran beliau adalah kerana terpanggil untuk membetulkan sesuatu yang tidak stabil dalam perjuangan kita ini? Apakah kehadirannya bagi membawa arah perjuangan kita kembali ke landasan yang sebenarnya yang pernah di juangkan olehnya ?. Persoalan-persoalan ini perlu dijawab. Persoalan-persoalan ini membawa seribu pertanyaan. Apakah yang pernah dilaung-laungkan oleh Komentar tentang menuntut keadilan dalam keADILan kini menjadi kritikal sehinggakan veteran/pelupur dalam media internet asal terpanggil untuk hadir. Perutusan itu seolah-olah mengajak kita berhenti sejenak dan merenung kembali perjuangan asal dan membuat evaluasi sejauh mana kita terbabas dari landasan perjuangan asal. Komentar percaya semua ini akan dijawab oleh Web Master Laman Mahazalim asal.

Walauapapun Komentar percaya perjuangan menuntut reformasi tidak akan luntur dikalangan kita pendokong perjuangan Sdr Anwar Ibrahim.  

 

Selamat Kembali Web Master Asal Mahazalim

 

Komentar