Artikel 9
 

Diktator Mahadel
 

Dalam wawancara dengan Financial Times, PM Mahadel mendakwa PAS cuba 
menanam perasaan benci pada pelajar universiti sehingga mereka sanggup 
berdamping dan tinggal bersama mereka. Ekoran daripada itu, apabila 
sudah termakan hasutan PAS, para pelajar universiti memberi gelaran 
diktator kepada Perdana Menteri.
 

Macam PM gila tak suka pulak dengan gelaran diktator yang diberikan 
oleh pelajar universiti. Saya berpendapat gelaran diktator 
amat sesuai dengan statusnya yang suka menindas, menzalimi, 
menyalahgunakan kuasa, menyekat kebebasan besuara, merampas hak asasi
manusia, memutar-belitkan kenyataan, mengawal semua media, kehakiman,

SPR, BPR, polis, Siput Babi, tentera, Bank Negara, ISA dibawah telunjuknya. 

Itulah ciri-ciri kediktatoran yang ada pada Mahadel. Tak kan dia tak 
sedar atau pura-pura tak sedar bahawa dia mempunyai ciri-ciri kediktatoran
yang semakin menyerlah.
 

Sepatutnya Mahadel amat berbangga dan megah dengan gelarannya iaitu

Dr. Diktator Mahadel. Tambahan pula tak ramai pemimpin-pemimpin di dunia
yang terdiri dari 200 buah negara atau lebih mendapat gelaran diktator 
iaitu Adolf Hitler, Stalin, Mao Tse-Tung, mendiang Ferdinand Marcos,
Fidel Castro, Alberto Fujimori, Suharto, Slobodan Milosevic. Memang 

tak ramai, boleh dibilang dengan jari termasuk diktator Mahadel. Keanggotaan 
ahli diktator  amat istimewa dan kelab eksklusif  itu hanya boleh disertai
oleh pemimpin-pemimpin yang digelar diktator. Itulah yang dikatakan Malaysia

Boleh! Mahadel Boleh! Keranamu Mahadel!
 

Saya berpendapat gelaran diktator adalah suatu penghormatan tertinggi 
malah lebih berharga dari LARIBA award dan entah apa-apa lagi award yang
telah diterima oleh PM tak betul. Kalau PM gila tak suka dengan gelaran 
diktator, gelaran apa yang mahu diberikan kepadanya. Tak kan kita nak 
gelarkan dia mahasayang, mahamulia, mahaagung, mahaboleh dan entah apa-apa 
lagi maha... fikir punya fikir, saya rasa gelaran diktator paling 
sesuai lagi. Tak payah  fikir panjang-panjang,dah confirm kita orang 
akan panggil diktator Mahadel,apa macam?
 

Adalah dinasihatkan supaya PM tak betul, ubah name tag kepada 
Dr. Diktator Mahadel supaya semua orang tahu gelaran dia. Barulah gempak
dan mengancam. Kalau macam ni tak nak lebih glamour daripada artis-artis 
pun tak boleh. Heh! Heh!
Heh!
 

LTL