Artikel 8
 

Mahadel semakin gelisah dan gelabah
 

Dalam perjumpaan dengan pelajar di Universiti Cambridge, diktator Mahadel 
mengemukakan persoalan perlunya perubahan dalam kerajaan. Dia berkata ada
dua pilihan iaitu melakukan perubahan untuk tujuan demokrasi atau mengekalkan 
dan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada untuk merealiskan hasrat kerajaan untuk 
menjadi negara maju pada tahun 2020. Kebanyakan orang berkata, kita perlukan 
perubahan, kita pelu kerajaan perlu adalah kerana setakat nak ubah sahaja.
Katakan, parti baru dipilih untuk membentuk kerajaan, dasar dan perancangan 
kerajaan sebelum ini perlu ditukar. Kemungkinan perubahan itu baik untuk 
negara tetapi perubahan sudah tentu akan menyebabkan ketidaktentuan dan 
ketidakpastian.
Kerajaan yang ada sekarang adalah mesra perniagaan. Ia mengalakkan sektor 
swasta termasuk orang asing melabur dan bertindak sebagai ejen pertumbuhan. 
Tetapi kerajaan baru mungkin tidak berpendapat bahawa mesra perniagaan dan 
membenarkan sektor swasta memainkan peranan penting dalam ekonomi adalah 
satu perkara yang baik.
 

Kenyataannya di atas adalah ekoran dari kejatuhan Suharto,  Alberto Fujimori 
dan Slobodan Milosevic yang meresahkan Mahadel. Mahadel semakin takut dan 
bimbang angin perubahan di negara-negara tersebut akan bertiup ke negara 
Malaysia. Ia memberi petanda bahawa pemimpin yang menjalankan pemerintahan 
kuku besi tidaklah sekuat seperti yang disangkakan.
 

People power atau kekuatan rakyat merupakan kunci kepada kejatuhan
pemimpin-pemimpin kejam. Mahadel merasakan kedudukannya tidak selamat 
melihatkan kejatuhan Slobodon Milosevic yang memberi suntikan kepada para 
reformasi yang dahagakan perubahan. Rakyat Malaysia mahukan perubahan 
drastik. Rakyat Malaysia sudah bosan, muak dan benci terhadap kerajaan yang 
berkuasa sekarang. Mahadel mengatakan pihak pembangkang yang menaburkan perasaan 
benci terhadap kerajaan BN. Sebenarnya kerajaan BN tidak dapat menunaikan 
janji dan memberi kemakmuran kepada rakyat malah berani menindas, menghasut, 
memfitnah, mengugut dan meyekat segala kebebasan bersuara dan hak asasi rakyat.
 

Mahadel dengan segera cuba mempengaruhi pemikiran rakyat. Dengan perkataan 
lain dia cuba brainwash pemikiran rakyat. Dia mengatakan tiada gunanya 
perubahan kerajaan yang boleh menghalang dan membantutkan pembangunan negara.
Wawasan 2020 dijadikan sebagai alat untuk membolehkan kerajaan BN terus 
berkuasa. Ia menunjukkan seolah-olah hanya kerajaan BN boleh membawa pembangunan 
dan kemakmuran kepada rakyat. Perubahan kepada kerajaan yang baru mungkin 
tidak dapat menjanjikan dan memberi kemakmuran kepada rakyat. Kerajaan yang baru
mungkin tidak dapat menyumbangkan pembangunan seperti mana yang telah dibuat 
oleh kerajaan BN.
 

Mahadel memperlekehkan soal demokrasi. Dia mempersoalkan perlunya membuat 
perubahan dengan memilih kerajaan baru kerana demi memenuhi tuntutan 
demokrasi di mana rakyat mempunyai hak memilih kerajaan yang mereka mahu. 
Mahadel bimbang rakyat sudah pun mengambil keputusan untuk memilih kerajaan 
yang baru pada pilihan raya umum akan datang. Maka dia mempergunakan pembangunan, 
peluang pelaburan perniagaan, wawasan 2020 dan ketidaktentuan (uncertainties) 
sebagai alasan rakyat terus memilih kerajaan BN.
 

Saya berpendapat belanjawan yang akan dibentangkan nanti akan digunakan 
oleh Mahadel sebagai alat untuk memancing dan mendapat sokongan dari rakyat.
Berbagai-bagai insentif dan pengurangan cukai akan diberikan kepada rakyat. 
Di samping itu, saya jangka sandiwara yang boleh menimbulkan kemarahan dan 
kebencian terhadap rakyat akan diberhentikan seperti isu royalti wang. 
Segala rancangan untuk terus membalas dendan terhadap BA akan diberhentikan 
sementara waktu. Namun propaganda memburuk-buurkkan imej BA akan diteruskan 
seperti BA pandai menabur fitnah, bohong dan perasaan benci dikalangan budak 
tadika dan pelajar universiti. Kerajaan akan cuba mendekati dan beramah mesra 
dengan rakyat. Segala masalah sosial akan diselesaikan seperti ecstasy, 
video game arcade, gangsterism dikalangan orang India dan sebagainya.
 

LTL