Artikel 7
        
Giliran Mahasevic pula selepas ini
 

Kekalahan Diktator Yugoslavia Slobodan Milosevic kepada pemimpin parti
pembangkang Vojislav Kostunica dalam pilinraya pada 24 September 2000 memberi 
nafas baru kepada rakyat Yugoslavia yang mahu bebas dari diktator kejam 
yang telah membunuh ramai rakyat Bosnia. Namun demikian diktator itu tidak 
mahu mengaku dan menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Atas desakan 
rakyat dan dibantu dengan polis dan tentera yang sudah tidak lagi menyebelahi 
diktator itu, barulah Milosevic terpaksa tunduk dengan kemahuan rakyat.
 

Beratus-ratus ribu rakyat Yugoslavia merayakan kemenangan parti pembangkang.
Mereka berarak beramai-ramai di jalan raya. Mereka bernyanyi dan menari. 
Ia adalah satu pesta buat mereka. Ia adalah satu kemerdekaan dan bebas dari 
pemerintahan kuku besi diktator Slobodan Milosevic. Sebelum ini pesta ini 
jarang kelihatan. Kalau ada pun rakyat berpesta adalah kerana pasukan 
bolasepak Yugoslavia berjaya dalam permainan bolasepak.
 

Tekanan dan desakan rakyat juga berlaku ke atas negara Peru. Presiden Peru 
Alberto Fujimori yang juga menjalankan pemerintahan secara kejam terpaksa 
akur dan berjanji tidak akan bertanding dalam pilihanraya yang akan dijalankan 
tidak lama lagi. Kita tidak tahu sama ada Presiden itu akan mengotakan janjinya.
Tetapi yang penting sekali lagi people power memainkan peranan penting 
dalam usaha menjatuhkan pemimpin secara paksa.
 

Para pelajar univesiti di Indonesia dianggap hero kerana telah bejaya
menggulingkan Presiden Suharto yang telah memerintah selama 32 tahun. Rakyat 
Indonesia yang dilanda masalah kemiskinan dan kegawatan ekonomi yang teruk 
memaksa Presiden Suarto meletakkan jawatan.
Akhirnya sama seperti Slobodan Milosevic, Suharto berjaya digulingkan. 
Polis dan tentera yang setia kepada Suharto telah berpaling tadah terhadapnya. 
Ia adalah satu element yang penting iaitu mempercepatkan dan memudahkan proses 
kejatuhan Suharto.
 

Peristiwa-peristiwa diatas memberi satu semangat suntikan nafas baru 
kepada rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan. Ia memberi pengajaran kepada 
kita tidak perlu takut kepada Mahadel. Mahadel akan lemah jika polis, tentera, 
siput babi, media dan mahkamah tidak berpihak kepadanya. Kepada polis, tentera, 
siput babi dan lain-lain yang membaca artikel ini, anda seharusnya malu, bukan 
sahaja malu tetapi sangat-sangat malu kerana rakan-rakan seperjuangan anda di 
Indonesia, Peru dan Yugoslavia menyokong kehendak rakyat yang mahukan kebebasan 
dan perubahan. Memang malu melihat mereka melakukan tindakan bodoh iaitu
bertuankan diktator Mahadel. Sekali lagi malu, malu, malu. Kepada mereka, 
adakah anda tahu apa erti malu? Tepuk dada tanya selera.
 

Kepada saki-baki ahli UMNO, adakah anda tahu apa erti malu? Adakah anda masih 
mahu bertuankan Presiden kamu yang sudah tidak betul lagi. Adakah kamu tahu 
apa perjuangan kamu? Adakah kamu sedar atau pura-pura tidak sedar apa yang 
UM NO MORE telah lakukan ke atas orang Melayu dan umat islam secara keseluruhannya?
Tepuk gemuruh kamu semasa perhimpunan UM NO MORE menunjukkan kamu menghalalkan 
setiap perbuatan pemimpin kamu yang dilaknati oleh ALLAH. Ini bermakna kamu 
turut menanggung dosa bersama pemimpin yang sudah rosak akhlak dan keimanan.
 

Naib Pemuda UM NO MORE berharap parti pupus itu berharap dapat menarik sejumlah 
1 juta ahli. Kepada ahli UM NO MORE, anda sudah tentu tahu apa yang harus buat.
Saya tidak mahu memaksa kamu meninggalkan UM NO MORE. Apa yang kamu perlu buat, 
renungkan adakah setiap perjuangan, perbuatan dan pelakuan pemimpin 
kamu adalah betul?
 

Kepada rakyat Malaysia, ia adalah satu titik permulaan baru dalam usaha 
untuk menjatuhkan dan menyingkirkan diktator Malaysia. Adalah tidak 
mustahil kerana peristiwa-peristiwa di atas telah berjaya membuktikan bahawa 
Tuhan memang Maha kuasa. Siapa sangka Slobodan Milosevic, Suharto dan 
Alberto Fujimori yang begitu angkuh dan berkuasa akhirnya tidak dapat melawan 
kuasa Tuhan kerana mereka hanya manusia biasa. Giliran Mahadel pula selepas ini. 
Anda tidak akan terlepas dari genggaman ALLAH. Insyaallah.
 

Apabila saya melihat rakyat Yugoslavia begitu gembira sekali meraikan 
kemenangan atau lebih tepat kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar, 
saya pun menumpang gembira. Mereka telah bebas dari cengkaman diktator mereka. 
Saya pun mulalah berangan-angan adakah keadaan yang berlaku di negara-negara 
luar boleh direalisasikan di negara kita. Rakyat sudah tentu mahu melihat 
diktator Mahadel menerima nasib yang sama seperti Slobodan Milosevic, 
Alberto Fujimori dan Suharto. Hanya waktu dan masa yang sesuai akan menentukannya.
 

LTL