Artikel 6
 

Jangan harap Mahadel akan bersara
 

Saya ingin memberi nama glamour baru untuk diktator yang amat dibenci oleh
kita iaitu Mahadel. Nama del saya ambil dari diktator Cuba iaitu Fidel Castro. 
Dalam wawancara dengan Financial Times, Mahadel akan bersara setelah Parti 
UM NO MORE kukuh. Dia menambah Parti UMNO perlu dirombak dan memerlukan orang 
muda untuk menyokong parti UM NO MORE barulah dia akan meninggalkan parti itu. 

Kita perlu tahu bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh diktator Mahadel
ada maksud di sebalik kenyataannya. Orang ramai sudah tentu ingin mengetahui 
sejauh manakah kekuatan UM NO BARUa sekarang. Sukacita dimaklumkan parti UM NO 
BARUa sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Semua orang tahu UM NO MORE 
tiada harapan lagi dan akan pupus macam dinosaur. Kehancuran UM NO MORE 
disebabkan oleh Mahadel sendiri.
 

Saya berpendapat Mahadel pun akur bahawa UM NO MORE berhadapan dengan satu krisis 
keyakinan yang amat teruk sejak UM NO MORE ditubuhkan pada  tahun 1946.
Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk meluangkan lebih masa untuk mengambil 
tahu mengenai hal –ehwal parti itu. Perlembagaan UMNO BARUa dirombak secara 
besar-besaran bagi menarik lebih ramai lagi ahli untuk menyertai UM NO MORE.
Diharap perubahan drastik itu ia dapat menarik semula keyakinan dan kepercayaan 
orang Melayu.
 

Saya akan cuba mengupas apakah maksud tersirat pemimpin diktator Malaysia. 
Dia mengatakan dia akan berundur setelah dia yakin UM NO BARUa kukuh. 
Secara terus terang jangan harap parti itu dapat diselamatkan lagi. 
Saya berpendapat ini adalah satu helah untuk membolehkannya terus berkuasa 
dan akan berkuasa sampai UM NO BARUa kukuh semula.
 

Selagi UM NO MORE belum lagi kuat dan kukuh dan ditambah dengan sokongan 
orang muda, dia tidak berhajat untuk bersara. Ini adalah satu taktik bagi 
membolehkannya terus menjadi Presiden UM NO MORE dan Perdana Menteri. 
Mahadel tahu orang ramai akan tertanya-tanya dan akan terus mempersoalkan 
bila dia akan bersara. Oleh dia dapat satu akal iaitu menggunakan UM NO MORE 
sebagai alasan tidak akan bersara.
 

Memang bijak diktator gila ini. Sampai bila dia akan bersara kita tidak tahu.
Kalau tak silap saya dia akan bersara pada tahun 2003 di mana penggal ini 
adalah penggal terakhir untuknya. PM gila ini tidak boleh bersara, kalau 
tidak dia akan mengikut jejak Suharto dan Slobodan Milosevic. Kekalahan dan 
penyingkiran diktator Yugoslavia Slobodan Milosevic meresahkannya. Oleh 
itu dia terpaksa cari jalan apakah alasan terbaik yang membolehkannya terus 
berkuasa. Dia mempergunakan parti UM NO MORE sebagai alasannya.
 

PM gila kuasa tahu UM NO MORE sukar diselamatkan lagi. Soal sama ada UM NO BARUa 
dapat diselamatkan atau tidak, tidak penting baginya. Baginya soal kedudukannya 
yang semakin terancam dan tergugat adalah lebih penting. Soal keselamatan diri 
dan keluargannya adalalah lebih penting dari parti UM NO MORE. Parti UM NO BARUa 
hanya dijadikan sebagai alat untuk membolehkannya dia terus berkuasa sampai dia mati.
 

Penyingkiran Slobodan Milosevic dan Suharto adalah disebabkan oleh 
kuasa rakyat (people power). Ia menunjukkan masih ada sinar harapan bagi 
rakyat Malaysia yang mahu melihat diktator Malaysia ditumbangkan atas desakan 
rakyat. Sudah tentu Mahadel gelisah dan resah apabila melihat rakan-rakannya 
disingkir oleh rakyat mereka. Sudah tiba masanya kebangkitan rakyat Malaysia 
bermula untuk menyingkirkan diktator Mahadel.
 

LTL