Artikel 5
 

 

Kerajaan BN tukar taktik!
 

Aku hairan dengan tiba-tiba Dollah Badwi telah mengeluarkan arahan bahawa
kerajaan akan mengharamkan video game. Sesiapa yang masih menjalankan 
perniagaan selepas Disember akan ditahan dan didakwa. Kerajaan nampaknya 
bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah sosial dikalangan remaja. 
Tak tahu pulak apa niat sebenar kerajaan. 

Mungkin kerajaan nak tunjuk kepada orang ramai bahawa kerajaan prihatin 
terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Maknanya kerajaan BN 
cuba meraih sokongan orang ramai. Rakyat akan berterima kasih kepada usaha 
kerajaan. Itulah yang kerajaan mahu daripada rakyat. Di samping itu, 
ia juga dapat mengalih pandangan orang ramai daripada membincangkan masalah 
rasuah, kronisme dan nepostisme di kalangan orang kerajaan dan kroni-kroni 
PM gila babi.
 

Saya berpendapat kerajaan BN korup telah sedar bahawa sandiwara yang mereka 
lakukan akhirnya akan menyusahkan diri dan merugikan sendiri. Mereka tidak 
boleh lagi bermain api dengan BA dan orang ramai. Perbuatan itu tidak akan 
memberi faedah kepada mereka. Kejatuhan satu demi satu pemimpin—pemimpin negara 
luar juga satu faktor penting yang mendorong kerajaan BN mengubah 
perancangan mereka.
Mereka terpaksa mengubah mengikut keadaan semasa yang berlaku dalam 
dan luar negara.
 

Oleh itu, mereka tukar taktik iaitu mereka mestilah berbaik-baik dan cuba 
mengambil hati orang ramai. Mereka cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah 
yang menghantui oramg ramai sekian lama. Contohnya masalah penagihan esctasy,  
permainan video game yang mengandungi unsur judi dan masalah rasuah dikalangan 
pegawai JPJ.
 

Jika kerajaan berjaya mengatasi masalah-masalah di atas, kerajaan berharap 
rakyat akan termakan budi jasa kerajaan. Apa yang kerajaan mahu dari rakyat 
ialah rakyat jangan berkira sangat dengan kerajaan. Kerajaan mungkin akan 
kata siapa yang tidak pernah kesilapan dan kerajaan telah cuba sedaya-upaya 
untuk mengatasi segala kemelut yang dihadapi oleh rakyat.
 

Kerajaan akan kata yang mereka selama ini memang prihatin terhadap masalah 
yang dihadapi oleh rakyat dan akan cuba mencari jalan untuk mengatasinya. 
Kalau nak harapkan kerajaan saja atasi semula masalah adalah sukar, oleh 
itu kerajaan perlukan bantuan dan sokongan rakyat bersama-sama menyelesaikan 
masalah sosial.
 

Katakan sandiwara ecstasy dan video game tidak berjaya dan BA mengambil
kesempatan untuk menghentam balik bahawa apa yang sebenarnya ingin dilakukan 
oleh BN. BA mungkin akan berkata apa yang dilakukan oleh BN adalah hangat-hangat 
taik ayam. Mengenai ecstasy sudah sebulan lebih serbuan dilakukan di kelab malam, 
pub, karaoke, pusat urut dan lain-lain tetapi BA tidak nampak ada usaha dari 
polis iaitu membenteras gejala dadah dan lesen terbang hingga ke akar umbi.
Kenapa sampai sekarang dalang dan sindiket masih bebas dan kenapa polis 
masih belum lagi menahan mereka yang disyaki.
 

BN mungkin berkata BA memang pandai mencari helah untuk menghentam usaha 
murni kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah sosial. 
BA sepatutnya memberi kerjasama untuk membantu BN dan orang ramai menyelesaikan 
masalah-masalah social dan bukan hanya duduk saja dan tidak melakukan apa-apa. 
BN akan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai niat jahat BA yang 
hanya pandai cakap dengan tujuan untuk memburuk-burukkan niat baik kerajaan.
 

Apa yang kerajaan BN mahu ialah rakyat terlibat sama untuk mengatasi
kegiatan-kegiatan yang tidak membawa faedah. Tanpa bantuan orang ramai, 
polis dan agensi-agensi kerajaan lain sukar untuk membendung gejala rasuah, 
penagihan dadah dan permainan video game yang membazirkan duit.
 

Sandiwara-sandiwara seperti lepak, ponteng sekolah, dadah, masalah remaja 
merokok, dera (pukul anak, pukul bini), kaki botol (arak dan todi), 
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, kempen berjimat cermat, 
memajukan negeri Terengganu, menjaga kebersihan, gotong-royong, 
kempen kitar semula barangan lama, kempen selamatkan tumbuh-tumbuhan 
haiwan-haiwan kian pupus seperti badak, harimau, penyu dan lain-lain, 
aktiviti bersenam (menjaga kesihatan) beramai-ramai besama pemimpin-pemimpin 
BN dan kempen dapatkan sokongan orang ramai untuk mendapat hak penganjuran 
Sukan Asia 2006 mungkin akan dilakukan oleh kerajaan selepas ini.
 

Apa yang kerajaan ingin buat ialah cuba untuk menyejukkan kemarahan dan
kebencian orang ramai terhadap kerajaan BN yang mempunyai masalah yang
bertimbun-timbun. Kerajaan akan cuba mendekatkan diri dan beramah mesra 
dengan rakyat dengan melakukan sandiwara-sandiwara diatas. Saya jangkakan 
kerajaan akan menukar taktik kerana amat bodoh jika mahu bermain api 
dengan BA dan akhirnya menimbulkan kemarahan dan kebencian orang ramai.
 

LTL