Artikel 4
 

Siapa yang memburukkan siapa?
 

Utusan amat meloyakan melaporkan berita utama mengenai cubaan parti pembangkang
dan NGO telah membuat perancangan yang rapi di luar negara untuk memburukkan nama 
PM 9/10/2000. Usaha memburukkan nama PM dilakukan setelah parti pembangkang kalah 
dalam pilihan raya umum tahun lepas. Berbagai-bagai cara dilakukan antaranya ialah 
menabur fitnah dan menamam rasa benci terhadap PM. Oleh itu rakyat akan termakan 
hasutan parti pembangkang dan NGO. Kerajaan tidak memberi penjelasan sebab mengapa 
parti pembangkang dan NGO berbuat demikian Maknanya mesej yang ingin disampaikan 
ialah PM sentiasa berada di pihak yang benar. 
Pihak lain iri hati, tak puas hati dan dengki terhadapnya. 
Dengan perkataan lain, PM dan kerajaan semuanya betul dan benar sementara 
parti pembangkang dan NGO semuanya salah. Kalau kerajaan betul dan benar 
sila jawab persoalan dibawah:
 

Mengeluarkan kenyataan penuh dengan fitnah, hasutan, bohong, ugutan,
ancaman dll
 

Menghina dan memperlekeh ulama, Nabi, Al-Quran dan Al-Hadis
 

Menghapuskan kuasa raja-raja
 

Memecat bekas hakim negara Tun Salleh Abas
 

Memecat DSAI tanpa sebab yang kukuh
 

Memecat pengarang Utusan Meloya dan Berita Hampas
 
Memecat Datuk Sabaruddin Chik
 

Memecat Datuk Muhamad Rahmat Bulat
 
Memecat Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang tidak sebulu
Dengannya 
 

Tidak menyambung kontrak pengerusi TNB, Tan Sri Ahmad Tajuddin
(dipecat?)
 

Mewujudkan rasuah, kronisme dan nepotisme
 

Masuk campur dan berkuasa dalam bahagian kehakiman
 

Masuk campur dan melanggar perjanjian wang royalti
 

Memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan
 
Memperlekehkan Rukun Negara, hanya sebagai hiasan dibelakang buku tulis
 
Menyekat hak asasi
 
Menyekat hak kebebasan bersuara
 

Menggunakan ISA, Akta Hasutan dll untuk mengugut dan menakut-nakutkan
rakyat
Mempergunakan dan memperalatkan Polis dan tentera
 

Mempergunakan, memperalatkan dan memperbodohkan orang Cina = komunis
 

Mengamalkan dasar pecah dan perintah, memecah-belahkan rakyat
 
Mempergunakan SPR
 

Membazirkan duit rakyat untuk membina mahligai, litar F-1 Sepang, KLCC,
Bakun, KLIA dll
 

Merampas tanah rakyat dan dijual kepada kroni-kroni
 
Memberi pelindungan kepada kroni-kroni, anak-anak dan diri sendiri yang
terlibat dengan rasuah
 

Memberi pelindungan kepada Muhammad Taib (larikan duit berjuta-juta ke
Australia), Tan Sri Rahim Thamby Chik (perogol), Datuk Adnan Yaakob (isyarat lucah), 
Datuk Mohamad Khir Toyol (bermandi darah), Aziz Mamak Gangster 
demonstrasi di hadapan Bangunan Suqiu), Datuk Wira Ali Mohd Rustam (Hidup DAP, Mati Melayu)
 

Banyak lagi salah laku kerajaan dan PM yang saya tak dapat fikirkan semua ini.
 

LTL