Artikel 3
 

Presiden, Raja dan Yang Di-Pertuan Agong Datuk Seri Dr. Mahadel@diktator
 

Wijan Ponlid, satu nama yang akan disebut-sebut oleh rakyat Thailand 
kerana beliau telah mengharumkan nama negara Thailand dengan berjaya 
memenangi pingat emas dalam acara tinju di Sukan Olimpik yang diadakan 
di Sydney, Australia.
Dengan bangganya dia meraikan kemenangannya dengan mempamerkan gambar 
Raja Thailand di sebelah tangan kirinya. Dia ialah pemenang emas kedua 
dalam sejarah penglibatan Thailand dalam Sukan Olimpik selepas Somluck 
Kamsing mencipta sejarah yang berjaya memenangi pingat emas yang pertama 
untuk negara Thailand pada tahun 1996 di Atlanta, USA.
 

Satu peristiwa masih segar dalam ingatan saya malah saya tidak akan lupakannya 
iaitu pada Sukan Komanwel di mana kita menjadi tuan rumah dua tahun yang 
lepas, kita juga mempunyai seorang hero yang berjaya memenangi pingat emas 
dalam acara tinju. Satu kebanggaan buat rakyat Malaysia. Apa yang mengejutkan 
rakyat Malaysia yang menonton perlawanan tinju di kaca tv, hero kita yang 
bernama Sopak Bikini meraikan kemenangan dengan mempamerkan sekeping gambar 
sama seperti Wijan
Ponlid.
 

Gambar yang dia pamerkan ialah gambar yang kita kenali. Bukan saja kita kenal 
malah amat dibenci oleh rakyat iaitu gambar Perdana Menteri yang sudah 
tidak betul. Tergamam aku dibuatnya. Bukan saya saja tetapi rakyat yang lain 
tertanya-tanya mengenai gelagat Sopak Bikini.Tak tahulah sama ada dia dipaksa 
atau dengan sukarela mempamerkan gambar diktator Malaysia. Sepatutnya gambar 
yang perlu ditunjuk ialah gambar Yang di-Pertuan Agong, pemegang kuasa 
pemerintah tertinggi di Malaysia. Perbuatan Sopak Bikini menghina 
Yang di-Pertuan Agong adalah serius dan perlu diambil tindakan undang-undang.
 

Malangnya tiada tindakan undang-undang dikenakan ke atas hero kita 
malah pangkat hero kita telah dinaikkan ke pangkat Sarjan. Orang yang 
menyokong PM akan diberi habuan dan orang yang menentang PM akan diberi 
serbuan oleh polis. Sopak Bikini mungkin mempamerkan gambar diktator sebagai 
tanda sokongan bahawa tindakan memecat DSAI adalah satu tindakan yang betul 
dan wajar. Oleh itu terangkat buntut diktator dan pada masa itu, dia 
perasan habis yang dia mempunyai kuasa yang tidak terhad. 
PM gila tersengeh yang menganggap dirinya lebih berkuasa daripada
Yang Di-Pertuan Agong.
Dia menganggap seolah-olah negara Malaysia milik bapaknya. Dia menyalahgunakan 
kuasanya dengan sewenang-wenangnya.